Khabar angin Kiamat, Jumaat 21 Disember 2012

Assalamualaikum

Sekarang nie, rata-rata paper, blog atau artikel, semuanya bercerita pasal khabar angin kononnya 21 Disember 2012 iaitu pada hari Jumaat nanti bakal berlakunya Kiamat tepat 11.11 GMT. Kalau korang ada baca paper metro hari ini, golongan yang menyebar khabar angin kiamat 21 Disember 2012 telah ditumpas. Kononnya percaya pada kelendar suku maya.

Khabar angin Kiamat 21 Disember 2012 Jumaat

Sebagai umat Islam, mempercayai hari kiamat telah termaktub dalam rukun iman yang kelima. Bukan setakat kita je percaya malah mereka yang bukan beragama Islam turut percaya bahawa dunia bakal menemui penghujungnya, tapi bila berlaku, hanya Allah SWT yang mengetahuinya. 

Tanda-tanda besar kiamat
  • Hijaunya bumi arafah.
  • Lahirnya ramai anak-anak zina dari perkahwinan tidak sah @perceraian tidak diluluskan mahkamah.
  • Keluar sejenis binatang dari perut bumi yang digelar Dabbatul Ardhi.(Komputer?)
  • Keluar asap tebal dibumi hijaz.(Perang iraq-kuwait 1990)
  • Munculnya nabi palsu yang ke 40.(sekarang sudah 38 orang)
  • Diangkat al-Quran dan Ilmu addin dari manusia.( pertamanya ilmu faraid)
  • Berlaku perang besar dikawasan kaukasus ( israel-turki-eropah-russia)
  • Runtuhnya Ka’abah diserang oleh orang habshah(sudan-etophia-eriteria.)laut merah kering.
  • 3 kali gempa bumi,(bom nuklear)sekali di timur(Korea utara), sekali di barat(USA), ketiga di Semenanjung Arab.(oleh tentera New World Order)
  • Keluarnya suku Yakjuj dan Makjuj.(Gog & Magog)memakan mayat mayat perang.
  • Bermulalah kekuasaan Dajjal.
  • Munculnya Imam Mahdi.
  • Turunnya Nabi Isa a.s.dan azannya mematikan yakjuj makjuj.
  • Matahari terbit dari ufuk barat.
  • Terdengar tiupan sangkakala pertama

Kalau lihat pada tanda-tanda kecil kiamat, rasanya dah berleluasa berlaku. So kita sendiri pun tidak tahu bilakah kiamat itu bakal tiba, dan kalau Allah SWT menetapkan 21 Disember adalah kiamat, perlukah kita tunggu dan menanti atau kononnya bina bola gergasi untuk melepasi diri dari kiamat?

So, apa yang pasti, berserahlah diri kepada Allah sebelum terlambat, mohon keampunan kepada Pencipta, dan  kedua-dua ibu bapa kita, segeralah selesaikan hutang piutang, dan kembalikan hubungan persaudaraan yang terpisah atau terputus. Jangan tunggu Imam Mahadi dah muncul baru dan bertaubat. Masa itu, segala amalan kebaikan anda, tidak dihitung lagi.

Sebagai renungan bersama wahai sahabatku.

sumber : PuanBee
4 Komentar untuk "Khabar angin Kiamat, Jumaat 21 Disember 2012"

ini cuma ramalan kaum maya sahaja

kita x boleh prcaya ramalan ni . hanya allah saja yg tahu :)

tu lah..semua kuasa ALLAH S.W.T :')

tulaaaa dah bnyk dengar psal kiamat nie... kiamat tu pasti cuma bila tu kte je yg xtahu.. huhu..
salam kenal.. sy dh follow sini :)

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info