William Yau disahkan mati seminggu yang lalu

Assalamualaikum

Sejak berita kehilangan kanak-kanak berusia 6tahun, William Yau pada 16 Januari yang lalu, dikejutkan dengan penjumpaan mayat kanak-kanak di Jeti Kampung Sungai Sireh Pelabuhan Klang malam tadi.

William Yau disahkan  mati


Sungguh tak disangka kan, kanak-kanak yang hilang dalam masa kurang dari 2minggu ditemui dalam keadaan organ dalamnya yang sudah reput. Macam-macam cara digunakan untuk cari adik William Yau nie, sampaikan poster Help Find Him nie di tampal ke semua negeri. Tapi apa kan daya, kanak-kanak malang ini, diketemukan dalam keadaan yang menyedihkan.

Pengecaman dibuat oleh ibu bapa mangsa, Goh Ying Ying dan Yau Kok Kang di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) pagi tadi, melalui seluar pendek, seluar dalam dan juga parut di dahi serta dibahagian belakang kepala mayat mirip anak mereka.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, pegawai perubatan tidak dapat menentukan sebab-sebab kematian kerana mayat reput dan percaya ia sudah meninggal sejak seminggu lalu. So, ini bermakna dia cuma hidup dalam masa 2 hari dari tarikh kehilangannya? 

Katanya, sampel tulang dan rambut diambil untuk ujian DNA mangsa kerana organ dalaman lain sudah reput. Tiada kecederaan luar di tubuh mayat itu. Cuma bekas gigitan binatang yang menjamah mayat ketika berada di air. Dan yakin 75% mayat yang ditemui adalah kanak-kanak yang hilang itu.

Tapi apa pun, ujian DNA akan diperolehi dalam masa 3 hari untuk pengesahan lanjut. Menurutnya lagi, tempat mayat kanak-kanak ditemui semalam pula terletak  kira-kira 30 kilometer dari tempat William dilaporkan hilang.

So apa pun, ambil kejadian ini sebagai langkah berhati-hati untuk para ibu bapa diluar sana.
2 Komentar untuk "William Yau disahkan mati seminggu yang lalu"

sedih sesangat...:(

salam takziah buat keluarga si kecil william yau ~.~

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info