Di Sebalik Aku Terima Nikahnya

Assalamualaikum

Perkahwinan adalah sebuah ikatan yang halal antara sepasang manusia lelaki dan perempuan serta menghubungkan dua keluarga dengan lebih erat. Sejak akhir ini ramai yang melangsungkan perkahwinan ketika masih belajar ataupun di usia muda, Alhamdulillah.

Hikmah perkahwinan adalah memelihara kesucian diri, menjaga keturunan, menwujudkan kerjasama dan tanggungjawap serta mengeratkan silaturahim. Bagi lelaki yang ingin mencari calon isteri haruslah berdasarkan 4 perkara berikut :


Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., ia berkata: Rasulullah bersabda:
“Wanita dinikahi kerana 4 perkara; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya nescaya engkau beruntung.”

( Hadis Riwayat al-Bukhari ) 

Dan perempuan pula, haruslah mencari pemilik tulang rusuk yang mempunyai "5B" iaitu, beriman, bertakwa, bertanggungjawap, berilmu dan bertimbang rasa. Ingat usahlah mencari pasangan yang cantik diwajah tapi buruk di hati.

Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk
lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat,
perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.”
(an-Nur':26).

Di sebalik aku terima nikahnya

Di Sebalik Aku Terima Nikahnya


4 Komentar untuk "Di Sebalik Aku Terima Nikahnya"

menunggu nak ucapkan ayat tersebut =)

patut la kan orang lelaki ni selalu berubah lepas kawin ni kan..berat tu tanggungjawab..

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info