Nahas kemalangan bas di Genting Highlands

Assalamualaikum

Genting 21/8/2013 : kita sekali lagi dikejutkan dengan kemalangan ngeri iaitu kemalangan bas yang membawa pelancongan hilang kawalan yang terjunam ke dalam gaung sedalam 60meter di Kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur kira-kira pukul 2.20 petang Rabu.

Nahas kemalangan bas di Genting Highlands

Seramai 37 terkorban manakala 16 cedera, dalam nahas bas ekspres yang membawa 53 orang, terjunam 60 meter ke dalam gaung di KM3.6 Jalan Genting Highlands Rabu. Mangsa yang maut terdiri daripada 27 lelaki dan 10 wanita, kata Penolong Ketua Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Datuk Soiman Jahid. Antara yang terbunuh dalam tragedi itu ialah warga Bangladesh,Thailand dan China.

Mereka yang cedera termasuk yang dilaporkan kritikal kini dirawat di Hospital Selayang (lapan),Hospital Kuala Lumpur (lima),Hospital Sungai Buloh dan Hospital Bentong masing-masing dua mangsa.Kemalangan kira-kira pukul 2.45 petang itu berlaku ketika bas berkenaan menuruni jalan curam dari puncak Genting Highlands menuju ke ibu negara.Datuk Soiman berkata mangsa yang ditemui meninggal dunia sehingga 8 malam ialah 18 lelaki dan 12 wanita. Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat akan diteruskan sehingga kesemua mangsa ditemui.

Nahas kemalangan bas di Genting Highlands Nahas kemalangan bas di Genting Highlands

Berikut senarai yang menerima rawatan di HKL : 1. Wong Teraphong,63 - Thailand 2. Ali Haider Syed Haider,46 - Bangladesh 3. Saidah,19 - Malaysia 4. Razif,26 - Malaysia 5. Tan Ming Shing,26 - Malaysia 

Berikut nama mangsa dirawat di Hospital Selayang 1. Raawnok Arefin,14 - Bangladesh 2. Nur Syamimi Ja'afar,25 - Malaysia 3. Nur Fathiah Ja'afar,21 - Malaysia 4. Rashidah Buyah,50 - Bangladesh 5. Andri Purwadi, 25 - Indonesia 6. Nurul Quraitul Aini, 19 - Malaysia 7. Rezyan Arefin, 24 - Bangladesh 8. Nur Fridil Gusman, 23 - Indonesia - Bernama

#kalau secara mata kasar aku nampak, bas nie bawak terlebih muatan.
0 Komentar untuk "Nahas kemalangan bas di Genting Highlands"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info