Assalamualaikum
Setelah sekian
lama berdolak-dalik, akhirnya pasangan artis, Aeril Zafrel dan Wawa
Zainal membuat pengakuan bahawa mereka sebenarnya telah bernikah pada
awal 2012 lagi.
Aeril atau nama
sebenarnya Suhairil Suhari, 25, berkata, dia dan Wawa, 22, telah
bernikah pada 25 Februari 2012 secara rahsia, tanpa mengumumkan kepada
pihak luar.
Bagaimanapun,
atas permintaan keluarga pihak perempuan, mereka sekali lagi bernikah
pada 24 Ogos lalu di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya, Selangor.
"Kami telah pun
bernikah. Justeru, status anak kami yang sebenarnya sudah terjawab,"
kata Aeril kepada pemberita dalam satu majlis yang diadakan di sebuah
restoran di Neo Damansara, di sini hari ini.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Ahmad Fakhruddin Attar pada 24 Ogos lalu.
Sebelum ini baik Aeril mahupun Wawa enggan berterus terang soal status mereka sehingga mengundang pelbagai kisah sensasi.
Malah, Wawa
menjadikan alasan dihimpit 'penyakit misteri' sebagai alasan untuk
bercuti daripada melakukan aktiviti seni daripada majikannya,
Metrowealth International Group, ketika dia sedang mengandung.
UTUSAN ONLINE
1 Komentar untuk "Aeril Zafrel dan Wawa Zainal dah sah berkahwin"
la, ritu kata xda apa2.. :'( terkilan. seyh,, hope berbahagia
Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.