Harga barang kawalan menjelang Tahun Baru Cina

Assalamualaikum

Pemantauan harga barangan kawalan

Menjelang Tahun Baru Cina dijangka pada 31 Januari akan datang, para peniaga tidak dibenarkan untuk menaikkan harga barang mentah dengan sesuka hati mereka yang mendapatkan keuntungan lebih. Oleh itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek mengumumkan senarai harga barang di sini pada Rabu mengingatkan peniaga untuk menggunakan tag merah jambu bagi membezakan barang kawalan dengan barang-barang lain.

Beliau berkata tempoh penguatkuasaan skim itu juga telah dilanjutkan lebih tiga hari ke 15 hari berbanding 12 hari tahun lepas.
"Ia untuk untuk membendung kenaikan harga yang tidak munasabah semasa musim perayaan," katanya
Harga barangan kawalan menjelang Tahun Baru Cina

Harga barang kawalan menjelang Tahun Baru Cina

Senarai Barangan kawalan
Barangan tersebut ialah ayam hidup, ayam standard (disembelih dan dibersihkan beserta kaki, kepala, hati, hempedal atau mana-mana bahagian), ayam super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal), telur ayam gred A, gred B dan gred C.
Barangan lain ialah kubis bulat import (Indonesia dan China tidak termasuk kubis Beijing), bawang putih (China), ikan bawal (berat 200 gram hingga 400 gram seekor), udang putih besar (berat antara 41 ekor hingga 60 ekor sekilogram), babi hidup (dikawal peringkat ladang), daging babi (perut) dan daging babi (daging dan lemak).
Harga kubis bulat (dari Indonesia dan China, tidak termasuk kobis Beijing, adalah RM3.30 sekilogram), bawang putih dari China (RM5 per kg), ikan bawal putih (dari 200g ke 400g, RM37 sekilogram), udang besar (RM38 per kg), perut babi (RM22 per kg), daging dan lemak babi (RM16 per kg).- mStar online
1 Komentar untuk "Harga barang kawalan menjelang Tahun Baru Cina"

semoga terkawallah harga hendaknya...

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info