Zizan Razak bakal dinobatkan Juara ABPBH2013

Assalamualaikum

ABPBH2013 bakal diadakan pada 6 April 2014 nanti bertempat di Genting Highlands. Acara gilang-gemilang ini bertema "Magis Alam" dan seramai 322 selebriti dan personaliti tanah air akan bersaing pada pusingan awal yang merangkumi 15 kategori utama bagi merebut gelaran Bintang Paling Popular.

Maka, borang pengundian artis kegemaran anda telah pun dibuka, dapatkan akhbar Berita Harian di kedai yang berhampiran dengan anda. Walaupun acara tersebut masih belum bermula, masyarakt Malaysia sudah mula berteki-teki menyatakan artis pilihan mereka adalah Juara ABPBH kali ini.

Zizan Razak bakal dinobatkan Juara ABPBH2013

Zizan Razak bakal Juara ABPBH2013

Menurut pengguna laman sosial facebook, twitter dan sebagainya menyatakan bahawa Zizan Razak bakal dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular tahun ini. Ini disebabkan oleh  Zizan Razak telah pun tercalon untuk 5 Kategori iaitu 
  • Pelakon Filem Lelaki Popular
  • Artis Komedi Lelaki Popular
  • Pengacara TV Lelaki Popular
  • Gandingan di Layar Serasi (bersama Siti Saleha)
  • Artis Berpengaruh di Laman Sosial Media
Namun, ABPBH2013 kali tersangatlah sengit, dengan penampilan artis-artis baru tanah air seperti Nomad, Achey, Zara Zya, Hanis Zalikha (blogger terkenal) dan ramai lagi.

Untuk anda adalah penentu Juara ABPBH kali ini. Jadikan dapat akhbar Berita harian dan undi artis kegemaran anda sebanyak mungkin. Dan jangan lupa pengundi terbanyak juga bakal berpeluang hadiah menarik. 

0 Komentar untuk "Zizan Razak bakal dinobatkan Juara ABPBH2013"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info