Pengundian Finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 Dibuka

Assalamualaikum

ABPBH 2013 | Setiap tahun Berita Harian akan mengadakan anugerah bintang popular berita harian buat para artis Malaysia. Pengarah Hiburan Berita Harian merangkap pengerusi bersama Jawatankuasa Penganjur ABPBH 2013, Shamshul Azree Samshir berkata, "Berita Harian sebagai akhbar 'Merentas Generasi' teruja kembali menganjurkan anugerah berprestij ini yang masih lagi relevan dalam mengukur populariti artis.

ABPBH 2013 kali ini bertempat di Area of Stars, Genting Highlands pada 6 April 2014. Acara gilang-gemilang yang memartabatkan para penggiat seni tanah air, kembali lagi dengan tema 'Magis Alam' yang merangkumi empat elemen iaitu tanah, api, air dan angin.

Kembali ke lokasi lama yang begitu sinonim dengan ABPBH, seramai 322 selebriti dan personaliti tanah air akan bersaing pada pusingan awal yang merangkumi 15 kategori utama bagi merebut gelaran Bintang Paling Popular.



Calon finalis ABPBH 2013
  1. Penyanyi Lelaki Popular : Awi Rafael, Black Hanifah, Hafiz, Hazama, Shahir
  2. Penyanyi Wanita Popular : Alyah, Najwa Latif, Shila Amzah, Stacy, Yuna
  3. Artis Duo/Berkumpulan Popular : Altimet & Awi Rafael, Forteen, Hyperact, Stacy & Akim, Tasha Manshahar & Syed Shamim
  4. Artis Komedi Lelaki Popular : Ebby Yus, Jep, Johan, Rahim Sepahtu, Zizan Razak 
  5. Artis Komedi Wanita Popular : Didie Alias, Jihan, Noorkhiriah, Sharifah Shahira, Siti Chubby
  6. Pelakon Filem Lelaki Popular : Aaron Aziz, Adi Putra, Pekin, Shaheizy Sam, Zizan Razak
  7. Pelakon Filem Wanita Popular : Erra Fazira, Lisa Surihani, Nora Danish, Siti Saleha, Yana Samsudin
  8. Pelakon TV Lelaki Popular : Adi Putra, Akim, Izzue Islam, Johan As’ari, Shah Iskandar
  9. Pelakon TV Wanita Popular :Ana Dahlia, Fasha Sandha, Neelofa, Raja Ilya, Siti Saleha
  10. Artis Baru Lelaki Popular : Achey, Dazrin, Mikael Andre, Nomad, Waris
  11. Artis Baru Wanita Popular : Atikah Suhaime, Chacha Maembong, Elfaeza Ulhaq, Hanis Zalikha, Zara Zya
  12. Pengacara TV Lelaki Popular : Datuk AC Mizal, Johan, Nabil Ahmad, Nik Michael Imran, Zizan Razak
  13. Pengacara TV Wanita Popular : Adibah Noor, Erra Fazira, Fara Fauzana, Hazlin Hussain, Neelofa
  14. Penyampai Radio Lelaki Popular : AG, Halim Othman, Johan, Kieran, Ray
  15. Penyampai Radio Wanita Popular : Abby Fana, Dina, DJ Lin, Fara Fauzana, Norshela Baharudin
  16. Artis Lelaki Stailo : Adi Putra, Awal Ashaari, Karl Shafek, Nazim Othman, Shaheizy Sam
  17. Artis Wanita Stailo : Fazura, Mizz Nina, Scha Alyahya, Yana Samsudin, Ziana Zain
  18. Gandingan Serasi Di Layar : Aaron Aziz & Nadiya Nisaa, Aeril Zafrel & Wawa Zainal, Azlee Khairi & Zara Zya, Zizan Razak & Siti Saleha,Izzue Islam & Tiz Zaqyah
  19. Watak Jahat Dalam Filem/Drama Popular : Datuk Rosyam Nor, Hanez Suraya, Izreen Azminda, Nabila Huda, Sofi Jikan
  20. Artis Berpengaruh di Laman Sosial : Datuk Siti Nurhaliza, Nora Danish, Shila Amzah, Yana Samsudin, Zizan Razak
  21. Chef Selebriti Paling Popular : Chef Amran, Chef Anis Nabilah, Chef Nik Michael Imran, Chef Sherson Lian, Chef Wan
  22. Aksi Di Youtube Paling Popular : Parodi Sayang (Bobo), Parodi Gwiyomi (Nora Danish), Anak Tomok OIAM merajuk (Tomok), Macam Cantik Je Macam Comel Je Versi Nasyid (Amar), Mengajar Kanak-kanak Riang (Mat Luthfi).
Pemenang yang dipilih melalui kaedah 'undi dan menang' bakal menerima hadiah seperti Ipad Mini, Samsung Galaxy Note II dan jam tangan berjenama yang disediakan penganjur.
Seperti tahun sebelumnya, BH turut mengadakan kategori sampingan secara ’online’ di laman web ABPBH; www.abpbh.com.my bermula Rabu ini. Tujuh kategori dipertandingkan iaitu Artis Lelaki Stailo; Artis Wanita Stailo; Gandingan Serasi Di Layar; Watak Jahat Dalam Drama/Filem Popular; Artis Berpengaruh Di Laman Sosial dan Chef Selebriti Paling Popular.
Satu lagi kategori iaitu Aksi di YouTube Paling Popular dianggap paling menarik. Sebanyak 10 video aksi atau parodi yang terpilih di laman YouTube akan dipertandingkan dalam kategori ini. Anugerah ’People’s Choice’ yang terunggul ini yang sudah memasuki edisi ke-27 akan disiarkan secara langsung pada jam 9 malam di TV3 dan radio HotFM, pada 6 April 2014.  
1 Komentar untuk "Pengundian Finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 Dibuka"

siapalah agaknya yang akan jadi bintang paling popular kali ni kan??? ^_^

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info