Saya tidak tidur sebilik dengan Nedim di London

Assalamualaikum

Sejak kebelakangan ini, artis comel ini sering menjadi buah mulut orang sekeliling sejak dia kelihatan rapat dengan seorang duda yang kacak. Masing-masing mempunyai anak dan sering bersama ke mana saja sama bercuti mahupun apa-apa aktiviti yang dijalan bersama keluarga.


Hidup sebagai selebriti sememangnya tidak akan pernah lari dari gosip-gosip liar yang harus mereka harungi. Bukan setakat tohmahan dan kritikan malah gosip liar yang kadangkala langsung tidak masuk akal boleh menjadi isu panas yang diperkatakan.

Minggu lepas, pelakon comel ini menjadi kritikan ibu Fasha Sandha yang mana dikatakan telah menyebarkan fitnah berhubung amalan ilmu sihir terhadap jejai. Meskipun gosip tersebut kembali reda minggu ini namun nama Nora Dansih kembali menjadi sebutan orang ramai apabila tersebarnya kontroversi beliau tidur sebilik dengan kekasih hatinya, Nadeem Nazri ketika bercuti di London baru-baru ini.

Terbaru Nora Danish dan Nedim dikatakan tidur sebilik semasa mereka bercuti di London. Dengan itu, menerusi sisipan Berita Harian Nora Danish tampil menjelaskan bahawa beliau dan Nedim tidak seteruk yang disangka orang ramai. Lebih-lebih lagi isu yang dikeluarkan apabila mereka bercuti bersama ke luar negara.

Seperti biasa, Nora tidak terus melenting dan marah. Dia mengambil langkah bersabar dan tenang ketika diminta media memberikan penjelasan berkenaan gosip terbaru yang tersebar. Ini sedikit jawapan Nora Danish.
“Apabila pergi bercuti dengan Nedim, kami bukan pergi berdua-duaan. Selalunya percutian kami disertai keluarga dan teman-teman baik saya”. 

“Apabila kami bercuti, mesti ada yang fikir bukan-bukan, duduk sebilik dan macam-macam lagi. Kami tak seteruk itu!” 

Sementara itu, Nora Danish menafikan tiket penerbangannya ditaja oleh pihak tertentu dan beliau menegaskan itu semua adalah hasil kerja kerasnya selama ini. Katanya, dia masih lagi mampu menanggung segala kos perbelanjaan ke negara Eropah itu tanpa melibatkan tajaan mana-mana pihak.

2 Komentar untuk "Saya tidak tidur sebilik dengan Nedim di London "

jadi public figure cam tu lah... selalu jadi perhatian...

biarlah tu artis, xkan pernah lari dari wartawan, ada je benda buruk yg perminat nampak..

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info