Suami guna alasan Kulit Gelap untuk cerai

Assalamualaikum

Andai sebuah perhubungan itu dipaksa, atau hati telah beralih-arah, perkara kebudak-budakkan boleh menjadi alasan utama perpecahan keluarga.

Kerana berkulit gelap, suami guna alasan untuk bercerai

Kangar: “Hanya kerana warna kulit perempuan lain didakwa lebih cantik, dia sanggup menceraikan saya walaupun kami baru sebulan diijab kabul.”

Begitu pengakuan Husna, 26, (bukan nama sebenar), seorang janda muda selepas perkahwinan dengan bekas suaminya yang juga penjawat awam, musnah disebabkan warna kulitnya lebih gelap berbanding wanita yang baru ditemui lelaki itu.

Menurutnya, detik percintaan mereka selama lebih enam tahun amat membahagiakan sebelum mengambil keputusan berkahwin ketika dia berusia 24 tahun pada Januari 2012 lalu dan suaminya yang kini berusia 26 tahun itu pulang bercuti kerana bertugas di Sarawak.
Husna berkata, impiannya untuk melihat jodoh mereka berkekalan sehingga akhir hayat tidak kesampaian apabila ia berakhir tanpa dijangka.

“Segala kemelut rumah tangga bermula apabila suami kembali semula bertugas di Malaysia Timur selepas dia tidak lagi menghubungi saya yang juga isterinya.

“Dia sering memberi alasan mempunyai banyak kerja hingga tidak sempat menghubungi saya.


Akibat itu, saya nekad pergi berjumpanya di Sarawak dengan hanya mempunyai wang untuk membeli tiket penerbangan pulang saja.

“Sebaik tiba di sana, saya tidak menghubunginya kerana mahu membuat kejutan, tetapi saya pula yang terkejut apabila melihat dia bersama perempuan lain.

Dia memaklumkan wanita berasal dari Sarawak itu adalah calon isterinya dan dia terus menceraikan saya ketika itu juga,” katanya ketika ditemui, di sini. Menurutnya, dia terkedu dengan lafaz talak satu yang diucapkan bekas suaminya kerana tidak menyangka lelaki terbabit mempunyai perempuan lain dan turut bercadang untuk berkahwin.

“Pengalaman hidup ini secara tidak langsung mematangkan diri saya, dan akan lebih berhati-hati apabila didekati lelaki bagi mengelakkan pisang berbuah dua kali,” katanya. Dalam perkembangan sama, Setiausaha Persatuan Ibu Tunggal Perlis (PERKIP) Saadiah Habir berkata, pihaknya mengenal pasti kira-kira 80 peratus daripada 6,754 janda yang direkod Unit Pentadbiran Daerah bagi tempoh tiga tahun sehingga Mei 2013 terdiri daripada wanita berusia bawah 30 tahun.

Menurutnya, PERKIP menjangkakan berlaku kecenderungan peningkatan dari tahun ke tahun di mana kebanyakan kes perceraian disebabkan tidak bersedia untuk berkahwin, menutup aib keluarga selain ditinggalkan suami.

“Namun, sesuatu mengecewakan apabila hanya 600 ibu tunggal di negeri ini berdaftar dengan PERKIP di mana kebanyakan mereka adalah golongan yang kematian suami.

“Punca mereka tidak mahu mendaftar dengan PERKIP disebabkan golongan itu beranggapan badan bukan kerajaan (NGO) ini tidak memberi manfaat, selain tidak tahu mengenai kewujudan persatuan sebegini,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPS) Mohamad Sokri Husin berkata, seramai 522 pasangan mendaftarkan perceraian mereka di negeri ini pada 2010 dan meningkat kepada 539 pada tahun berikutnya, tetapi menurun kepada 479 pada 2012 “Kita boleh melihat beberapa faktor perceraian ini berlaku di antaranya tiada ilmu perkahwinan selain perkahwinan hanya berlandaskan nafsu yang diketahui tidak mampu bertahan lama,” katanya.

3 Komentar untuk "Suami guna alasan Kulit Gelap untuk cerai"

ishk! macam ni pon bole erk? pfttt~

blogwalking ja dari FB..nice blog..ada artis lagi~~..1 klik dari saya!

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info