Assalamualaikum
Bukan main gembira lagi Zain Saidin suami kepada pelakon jelita Rozita Che Wan kerana kemungkinan isterinya bakal hamil lagi.
Berita ini diberitahu oleh Zain sendiri menerusi MyStar
Menurutnya, " sehingga kini dia masih belum lagi mendapat keputusan daripada
pihak doktor dan sekiranya benar Rozita mengandung, dia menyifatkan ia
sebagai sebuah hadiah hari lahir (pada 23 Februari lalu) yang terbesar
pernah diterimanya. Zain bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenainya
dan kini menunggu keputusan doktor yang mungkin bakal merubah status
diri sebagai seorang ayah.
“Jeng..jeng..jeng.. Mungkin (Rozita
mengandung). Nak kena buat pemeriksaan doktor dahulu jika ada ‘orang
baru’ akan sertai kami sekeluarga atau tidak. Tetapi jika benar, kiranya
berita itu satu hadiah buat saya dan semestinya isteri. Masih terlalu
awal lagi. Nanti saya beritahu jika keputusannya positif. Doakan kami,”
ujarnya.
Zain dan Rozita telah berkahwin pada 12 Disember tahun lalu di Setia City Convention Centre, Shah Alam. Rozita juga mempunyai dua eorang anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Ammar Effendy, 18, dan Aniq Ezzra, 16.
Zain dan Rozita telah berkahwin pada 12 Disember tahun lalu di Setia City Convention Centre, Shah Alam. Rozita juga mempunyai dua eorang anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Ammar Effendy, 18, dan Aniq Ezzra, 16.
Sumber : ammboi.com
0 Komentar untuk "Rozita Che Wan Hamil anak ketiga ?"
Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.