Assalamualaikum
Almy Nadia dan Fizz Fairuz | Pelakon
Fizz Faizruz sah bergelar suami kepada aktres Almy Nadia dengan sekali
lafaz dalam satu majlis yang di adakan di Masjid Daerah Balik Pulau,
Pulau Pinang pada petang Sabtu.
Majlis
akad nikah yang berlangsung kira-kira pukul 6 petang disempurnakan oleh
Pendaftar Kanan Perkahwinan, Penceraian Dan Rujuk Orang Islam Negeri
Pulau Pinang, Ustaz Norazli Mat, berwalikan hakim.
Pada
majlis itu Fizz atau nama sebenarnya Fizz Fairuz atau nama sebenarnya
Mohd Fairuz Zainal Abidin, 35, menyerahkan mas kahwin bernilai RM1001
manakala wang hantaran sebanyak RM20,000 kepada pengantin perempuan.
Pihak
lelaki turut memberikan sembilan dulang hantaran antaranya minyak
wangi, beg tangan, sejadah, sirih junjung, kek dan cincin.
Ia
dibalas sebelas dulang hantaran oleh pengantin perempuan antaranya
seperti sirih junjung, buah-buahan, Al-Quran, jam, kasut iPad Mini dan
cincin.
Fizz melahirkan rasa syukur dengan pernikahan itu dan berharap rumah tangga mereka akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.
"Alhamdulillah, akhirnya kami disatukan selepas pelbagai rintangan yang dilalui.
"Saya harap kali ini kami dapat hidup bersama sehingga akhir hayat, InsyaAllah," katanya kepada mStar Online.
Fizz dan Almy atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah, 28, telah menjalinkan hubungan cinta selama lapan tahun.
Sepanjang
tempoh percintaan itu mereka pernah putus dan menjalinkan hubungan
semula. Dalam pada itu, Almy turut memiliki seorang anak angkat bernama
Nur Afrina Darwisya, 5 - mStar online
0 Komentar untuk "Almy Nadia sah bergelar Isteri kepada FIzz Fairuz"
Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.