Assalamualaikum
Siapa sini suka makan coklat? sila muncungkan mulut....huhu
Aku peminat setia coklat, exspecially coklat cabbury. Bila masuk berita cabbury haram dimakan kerana ada DNA babi. Punyalah gelabah aku dibuatnya, dalam kepala otak berpusing-pusing, macam mana aku nak samak, sedangkan dah berlori-lori cabbury aku telan selama nie. hmm
Rupanya, hanyalah salah faham, dan kini caburry Halal dimakan.
Ok berbalik pada title aku, korang pernah makan bubble rice coklat tak? apa dia pulak dah bubble bubble bagai nie....aishhhh.. Ehhh..tunggu dulu cer tengok gambaq nie dulu.
Hah...dah kenalkan? Meh kira belajar buat bubble rice coklat nie pulak
Bahan-bahan :
- Bubble rice white / colour
- Coklat masakan
- Topping (kalau nak cantikkan)
Cara pembuatan
- Mula korang masak coklat tu sampai cair, jangan sampai hangus pula kang rasa pahit bubble rice korang tu
- Letak bubble rice balang kaca (macam dalam gambar) atau dalam bekas yang tahan panas.
- Masukkan coklat yang dah cair tadi tu dalam balang yang terisi bubble rice.
Dah siap ! inilah bubble rice coklat yang sedia di makan. Yang kat atas tu, aku letak topping ikut kreativiti masaing-masing, ada yang letak kitkat, waffle, terpulang pada korang.
Kadangkala hobi juga menjana pendapatan samping, asalkan kita buat penuh dengan kasih sayang dan keikhlasan. Bubble rice coklat kat atas ni akan diterbangkan ke KL esok, hope orang yang makan nanti bagi komen yang bernas.
Sekian wassalam.
3 Komentar untuk "Bubble Rice Coklat dengan kasih sayang"
saya memang cari resepi ni,tapi tak tahu tips cokelat masakan mana yang boleh cair lebih lama.Saya tak suka cokelat yang keras dan tidak boleh digaul dengan rice dia tu.nanti rice dia dah kena ratah tawar.
coklat masakan dia beza gan coklat yg kita makan tu..so masak tu masukkan air...kalau masukkan air byk lmbt skit dia keras..kalau masuk sikit mmg di cepat keras...pastikan dkt coklat tu tulis coklat masakn...
Tq for imformation
Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.