Assalamualaikum
KUALA TERENGGANU, 10 April – Air mandi mayat dijadikan
ubat. Itu fahaman khurafat segelintir umat Islam di negeri ini yang
masih menular dan sukar dibendung sejak puluhan tahun lalu.
INDONG (kanan) menunjukkan kain yang dijadikan tali untuk
mengikat jenazah manakala pembantunya Siti Nor menunjukkan air mandian
yang ditadah di dalam jag.
Air mayat yang kotor dan berkuman itu digunakan semula sebagai air
mandi kononnya untuk menghilangkan rindu kepada si mati, merawat
kanak-kanak yang terkena badi mayat, sebagai air penerang hati dan
mengubat ketagihan dadah.
Malah, ada juga ada yang meminta tali pengikat kain kafan dan sarung
tangan digunakan tukang mandi mayat untuk membersihkan dubur si mati,
juga dengan alasan dibuat ubat.
Tukang mandi jenazah wanita, Indong Awang, 66, yang berpengalaman
selama 17 tahun dalam bidang itu, berkata, ada juga individu yang
percaya air mandi mayat mampu menyembuhkan penyakit AIDS.
“Perbuatan khurafat ini sudah lama berlarutan dan masih berlaku
sekarang, menyebabkan kami serba salah. Ini kerana apabila kami menolak
permintaan mereka, ada yang marah dan ada juga berkeras melakukannya
sendiri,” katanya.
sumber : biswardihasbi
0 Komentar untuk "Khurafat - Air mandi mayat untuk perubatan"
Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.