Assalamualaikum
Kuala Lumpur - Kesukaran memiliki rumah sendiri, itulah masalah besar
yang dihadapi oleh generasi muda pada masa kini. Masalah ini menyebabkan
mereka terpaksa menyewa rumah sehingga ke hari tua hanya kerana harga
rumah di negara ini semakin meningkat.
Sepanjang tahun lalu, harga rumah di Malaysia dilaporkan naik 30%
berbanding tahun sebelumnya dan naik 8% pada suku pertama tahun 2014.
Kenaikan suku pertama tahun ini dilihat tidak begitu drastik seperti
tahun yang lalu tetapi kenaikan harga itu masih berlaku tanpa ada
sebarang usaha tegas dari kerajaan mengekang kenaikan harga rumah.
Nampak gayanya, golongan muda terutamanya yang berpendapatan rendah dan
sederhana memang tiada harapan memiliki rumah sendiri kecuali mereka
memilih untuk tinggal di pinggir hutan.
Untuk memiliki sebuah rumah, setiap rakyat Malaysia memerlukan gaji atau
pendapatan paling koman RM5,000 sebulan untuk melayakkan diri mereka
membuat pinjaman membeli rumah yang rata-ratanya berharga RM350,000
seunit.
Laporan asal KOSMO!
1 Komentar untuk "Harga Rumah Naik 8%, apa nasib generasi muda akan datang"
sekarang ni memang dah mula susah nak beli rumah sendiri, makanya sementara ada peluang tu grab jer lah opportunity ni dulu....
Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.