Takziah buat Tan Sri Rafidah Aziz atas kematian Suaminya

Assalamualaikum

Suami Rafidah Aziz Meninggal Dunia

Tokoh perbankan terkenal itu meninggalkan isteri Tan Sri Rafidah Aziz, bekas Meteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, seorang anak lelaki Alfian, dua anak perempuan Rohaiza dan Rohaila serta lima cucu.
   
Menurut Alfian, jenazah Mohamed Basir akan dibawa pulang ke Kuala Lumpur dengan penerbangan tengah hari ini.
   
Beliau berkata bapanya dimasukkan ke hospital itu pada petang Jumaat.
   
Sementara itu, ketika dihubungi, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Singapura Datuk Husni Zai Yaacob berkata (Tan Sri) Mohamed Basir meninggal dunia kerana serangan jantung dan suruhanjaya tinggi itu sedang membuat persiapan untuk membawa pulang jenazah Allahyarham ke Kuala Lumpur.
   
Mohamed Basir menjadi pengerusi Maybank selama 16 tahun, bermula sebagai pengarah pada 5 Ogos 1993 selepas berkhidmat sebagai penasihat Bank Negara Malaysia sejak 1980.
   
Beliau dilantik sebagai pengerusi Maybank pada 9 Oktober 1993. – Bernama


0 Komentar untuk "Takziah buat Tan Sri Rafidah Aziz atas kematian Suaminya"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info