Assalamualaikum
KUALA LUMPUR
: Tanpa setitis air mata, kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang
baru diugut bunuh oleh seorang penjenayah yang melarikan kereta ibunya
hari ini, tabah berdiri sambil mendukung adiknya berusia empat bulan di
tepi jalan selepas ditinggalkan.
Dalam
kejadian kirakira pukul 7.15 pagi itu, kedua-dua beradik itu ditinggalkan
di kawasan perindustrian Puchong dekat sini, kira-kira lima kilometer
dari lokasi kereta ibu mereka dilarikan penjenayah tersebut di Jalan
Dahlia, Puchong Perdana.
"Nak
turun, atau kau dan adik kau aku bunuh." Itulah ugutan penjenayah
berpakaian seragam sekolah menengah tersebut sambil mengacukan pisau ke
leher kanak-kanak berkenaan, yang turut dilarikan bersama kereta Proton
Gen 2 biru tersebut.
Perasaan kasih dan sayang menebal kanak-kanak itu terhadap adiknya, membuatkan dia memilih untuk turun dari kereta tersebut.
Selama dalam
‘tebusan’ penjenayah tersebut di dalam kereta itu, kanak-kanak itu
memeluk erat adiknya. Setelah turun, walaupun dalam keadaan masih
ketakutan dan terpinga-pinga, anak kecil itu terus mendakap dan mendukung
adiknya sambil berdiri di tepi jalan untuk mengharapkan bantuan.
Mujurlah, 10
minit kemudian seorang pekerja kilang lelaki yang kebetulan melalui
kawasan itu berhenti dan menyapa mangsa. Lelaki itu berbuat demikian
kerana berasa aneh melihat seorang kanak-kanak kecil lelaki berdiri di
tepi jalan sambil mendukung bayi.
Berpandukan
buku tulis di dalam beg sekolah yang digalas mangsa, lelaki itu membantu
menghantar mereka ke Sekolah Kelas AlQuran dan Fardu Ain (KAFA)
Intergrasi Madrasatul Ikhwan, Puchong di mana ibunya mengajar kira-kira
pukul 7.35 pagi.
Terdahulu,
suspek mengambil kesempatan melarikan kereta tersebut yang ditinggalkan
tanpa dimatikan enjinnya oleh ibu mangsa, Karni Yurtini Ishak,35, yang
menghantar dua anaknya yang lain masuk ke dalam rumah seorang pengasuh
di Jalan Dahlia pada kirakira pukul 7.10 pagi.
Sementara
itu, sejurus kedua-dua anaknya dihantar oleh lelaki itu, ibu mangsa yang
berada di sekolah tersebut bersama suaminya, Mohd. Rashid Drahman, 37,
ke Balai Polis Bukit Puchong untuk membuat laporan.
Ketika
ditemui pemberita, Karni Yurtini berkata, walaupun masih trauma dengan
kejadian, beliau dan suaminya bersyukur dua anak lelakinya itu selamat.
Menceritakan
semula kejadian, wanita itu memberitahu, sebaik sahaja menyedari
keretanya dilarikan, dia berlari keluar dari rumah pengasuh dan terus
mengejar kenderaan itu sambil meminta tolong kerana dua anaknya berada
di dalamnya.
"Saya kejar
sehingga ke Sekolah KAFA Intergrasi Madrasatul Ikhwan iaitu kira-kira
satu kilometer. Saya gagal menahan penjenayah tersebut kerana dia
memecut kereta dengan laju. Saya hanya mampu menangis sambil meminta
bantuan guru-guru dan pengawal di sekolah.
"Alhamdulillah, setengah jam kemudian seorang lelaki datang ke sekolah ini membawa dua anak saya," katanya.
2 Komentar untuk "Kasih Abang : Dukung Adik 500M selepas ditinggalkan pencuri kereta"
Allah selamat kedua2 mereka...mujur xjadi apa2..kesian...
nasib baik semua kembali selamat,,,
Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.