Assalamualaikum
Berita terkini isu budak remaja lelaki
Rudy Salam Bin Arman Daris meninggal dunia tanpa waris. Pada 28 Jun
2014, satu insiden tersebar secara meluas dilaman sosial apabila seorang
remaja telah meninggal dunia tanpa dapat menghubungi waris atau kenalan
rapat arwah. Menurut rakan serumah yang dikenali sebagai Hafiz menerusi
akaun Facebook “Aku Pelik”, dia kini mengalami kesulitan untuk
menguruskan jenazah kerana arwah sudah lama kehilangan kad pengenalan
disamping tiada butiran kenalan atau keluarga terdekat. Tambahnya lagi,
dia juga telah menggeledah bilik arwah untuk mencari barang peribadi
namun tidak menemui sebarang nombor keluarga atau waris yang boleh
menuntut jenazah. Kes kini sedang disiasat oleh pihak polis untuk
menjejaki keluarga arwah.
Gambar Rudy Salam Bin Arman Daris Meninggal Dunia
Kronologi Kes Remaja Meninggal Dunia Tanpa Waris
28 Jun 2014:
Rudy Salam Bin Arman Daris meninggal dunia pada 6.00 pm akibat sakit
tenat pada sabtu di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang HTAR. Keluarga
arwah tidak dapat dihubungi atau dijejaki. Lebih menyulitkan keadaan
apabila arwah sudah lama kehilangan Kad Pengenalan dan tidak menemui
sebarang dokumen penting milik mangsa. Kes kini disiasat oleh pihak
polis untuk menjejaki nombor kad pengenalan dan keluarga mangsa.
29 Jun 2014: Pihak polis telah mengjejaki identiti kad pengenalan mangsa dan usaha menjejaki keluarga arwah giat dijalankan di Johor Bahru.
Gambar Kes Remaja Meninggal Dunia Tanpa Waris
Berikut adalah foto operasi pihak polis menggeledah barang mangsa bertujuan untuk menjejaki nombor waris atau keluarga.
1 Komentar untuk "Kisah sebenar budak remaja meninggal tanpa waris"
kesian..muda laagi dah meninggal..
Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.