Assalamualaikum
KUALA LUMPUR 8 Ogos - Kerajaan akan mengkaji kewajaran untuk menutup
laman sosial Facebook di negara ini sekiranya mendapat sokongan
masyarakat. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
berkata, kajian tersebut akan dilaksanakan dalam bentuk pungutan suara
terhadap pelbagai lapisan peringkat masyarakat di negara ini.
Saya nak dengar pandangan orang ramai kerana antara aduan paling
besar kita terima adalah melalui Facebook. Sekiranya orang ramai
berpendapat bahawa laman web itu perlu ditutup, kita bersedia untuk
melihatnya.
Kita melihat ia sebagai satu pendekatan yang radikal tetapi untuk
menyekat Facebook itu (ketika ini adalah) tidak mungkin. Kita boleh
mengadu kepada Facebook untuk menutup laman tertentu," katanya pada
Majlis Penutup Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian
Cheras di sini hari ini.
Beliau mengulas beberapa kes penghinaan dilakukan penggunaan Facebook
terhadap isu-isu sensitif rakyat negara ini termasuk melibatkan kaum
dan agama.
Yang turut hadir, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Syed Ali Al-Habshee.
Seramai 174 perwakilan Wanita UMNO dari bahagian tersebut hadir pada mesyuarat berkenaan.
Mengulas lanjut, Ahmad Shabery berkata, pungutan suara tersebut akan
dilaksanakan bagi mengetahui kesan yang bakal diterima pengguna laman
sosial berkenaan sekiranya ia ditutup.
Tetapi apakah ini pilihan yang kita pilih? Perkara ini perlu kita
kaji dan perlu mendapat pandangan orang ramai sebab kita mempunyai lebih
kurang 15 juta akaun Facebook di negara kita," katanya.
Jelas beliau, Facebook turut menjadi platform bagi rakyat negara ini
menjalankan perniagaan mereka di samping merapatkan hubungan silaturahim
di dalam institusi kekeluargaan.
Katanya, pandangan orang ramai juga perlu memandangkan hanya 2,000
aduan diterima membabitkan Facebook berbanding jumlah akaun
keseluruhannya iaitu kira-kira 15 juta.
Jadi, apakah kerana 2,000 kita terpaksa menutup kesemuanya? Jadi kena tengok balik dalam soal ini," katanya. - UTUSAN ONLINE
1 Komentar untuk "Kerajaan sedang mengkaji penutupan Facebook"
nak jadi negara China ke tutup fb?... hangin la geng2 selfie, peniaga2 online, dan lain2...
Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.