Assalamualaikum
Gejala Selfie kini boleh dikatakan sebagai virus yang berjangkit dan tiada penawarnya. Pelbagai gaya dan apa saja yang terlintas di mata atau di fikiran akan dipertonjolkan kepada umum. Tidak salah jika anda terlalu obses untuk selfie, tapi haruslah berpada-pada atau beringat. Tidak semua perkara harus ditonjolkan atau dijadikan bahan selfie anda.
Ini terjadi dimana seorang pelatih kejururawatan dibuang dari sekolah perubatan akibat memuatnaikan gambar limpa seorang remaja yang cuba membunuh diri. Ikuti cerita selanjutnya di bawah.
Lebih
malang, Gulnaz Yalalova, 20, bukan sahaja memuat naik gambar limpa
remaja yang cuba membunuh diri itu malah dia turut mempersendakan remaja
perempuan itu bersama rakan-rakannya.
Tindakan Gulnaz itu disifatkan sebagai tidak beretika apatah lagi dia menggelar pesakit berkenaan sebagai ‘275lbs schizo’.
Remaja berkenaan berusia 16 tahun dan mengalami kecederaan patah tulang rusuk, cedera di kepala dan limpa terkoyak setelah terjun melalui tingkap dari tingkat 8. Semua butiran tersebut didedahkan oleh Gulnaz dalam media sosial ketika dia dan rakan-rakannya mengutuk remaja terbabit.
Susulan perbuatan tidak bertanggungjawab itu, Gulnaz telah dilarang kembali ke hospital berkenaan dan dia juga bakal dibuang dari sekolah kejururawatan itu.
“Saya amat-amat tidak bersetuju dengan tindakan (memuat naik gambar) ini. Ia adalah sesuatu yang teruk.
“Ia merupakan pembedahan yang serius di mana seorang gadis muda terjatuh dari tingkap lapan. Pasukan doktor cuba menyelamatkan nyawa gadis itu sepanjang pembedahan namun dia meninggalkan situasi pembedahan tersebut untuk mengambil gambar.
“Sudah tentu dia tidak akan kembali menjalani latihan perubatan,’’ kata pengarah hospital terbabit, Rustem Gaifullin.

Sumber mynewshub.cc
0 Komentar untuk "Gejala Selfie - Pelatih Kejururawatan Dibuang Dari Sekolah Perubatan"
Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.