Biodata Penuh Charyl Chappuis

Assalamualaikum


Nama permain no 7 Thailand, mula penuhi ruang carian google. Wajahnya yang kacak serta kelincahannya di padang memikat hati semua wanita, termasuklah wanita Malaysia.

Ia berikutan selepas dia menjaringkan gol ketiganya sepanjang saingan Piala AFF Suzuki 2014 dan jaringan terbaharu menerusi sepakan penalti ketika menewaskan Malaysia 2-0 pada aksi perlawanan akhir pertama di Stadium Rajamangala, Bangkok, malam Rabu 17 Disember 2014.

Melihat pada aksinya, Charyl Chappuis mampu membaca permainan dengan baik malah sering melakukan hantaran tepat, mengawal permainan dan sangat bagus dalam situasi bola mati seperti mengambil sepakan percuma.

Selain itu, Charyl Chappuis mampu mencairkan hati wanita berikutan memiliki wajah yang kacak, justeru itu tidak hairanlah dia menjadi bualan oleh pengguna laman sosial di Malaysia turutamanya di kalangan wanita

Jom kita kenali serba sedikit latar belakang Charyl Chappuis.
Biodata Penuh Charyl Chappuis
BIODATA PENUH CHARYL CHAPPUIS

Nama Penuh : Charyl Yannis Chappuis

Umur: 22 tahun

Tempat Lahir: Kloten, Switzerland

Berdarah Kacukan : Ayah Chappuis berasal dari Switzerland manakala ibunya dari Thailand

Tinggi : 1.77 m (5 ft 9 1⁄2 in)

Posisi : Pemain tengah

Kareer : Pemain Professional Bola Thailand dan Switzerland

Charyl Chappuis memulakan kerjaya sebagai pemain bola sepak dengan menyertai kelab FC Kloten (Switzerland) kemudian dia dilamar oleh kelab SC Young Fellows Juventus

Dia dipanggil beraksi bersama pasukan bawah 23 tahun Thailand oleh jurulatih Kiatisuk Senamuang untuk kejohanan Sukan Asia 2013 dan kemudiannya diserapkan dalam kebelasan utama pemain bola sepak kebangsaan Thailand

Biodata Penuh Charyl Chappuis

kdt-mysumber.com

0 Komentar untuk "Biodata Penuh Charyl Chappuis"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info