Assalamualaikum
Rumpai Miang Mexico atau nama saintifiknya "Parthenium Hysterophorus" dikatakan semakin menular di negara ini sejak tahun 2013 lagi di Ulu Yam Selangor.
Sekali pandang, ia seakan menyerupai pokok "Ulam Raja". Lihat gambar di bawah ini.
Sangat Berbahaya Pada Ekosistem
Rumpai miang mexico ini adalah sejenis tumbuhan liar yang dikatakan berasal dari beberapa negara di Amerika Selatan dan Utara sebelum tersebar ke Afrika, Australia dan Asia.
Rumpai ini dikatakan sangat berbahaya pada kulit manusia dan menyebabkan alahan. Tambahan lagi, debunga yang dikeluarkannya boleh menyekat atau menganggu proses pengeluaran hasil tanaman pokok yang sedang berbuah - Jabatan Pertanian Negeri.
Kesan pada manusia
Bahan yang kimia yang terdapat pada (debunga, bahagian akar, batang dan daun) boleh menyebabkan tindakbalas atau "allergik" kepada manusia dan hiawan. Kesannya, apabila terkena rumpai miang mexico, seperti demam, photodermatitis (sakit pada kulit), asma, ruam pada kulit dan mengelupas, mata menjadi bengkak serta gatal-gatal pada mulut dan hidung.
Dalam keadaan lain, kesan alahannya boleh menyebabkan batuk yang berterusan, selesema dan juga penyakit ekzema.
Tindakbalas pada haiwan
Kesannya pada haiwan pula, menyebabkan masalah Anoreksia, Pruritus, Alopecia, Dermatitis dan juga cirir-birit pada haiwan. Haiwan yang makan rumpai ini, akan menjejaskan kualiti daging dan susu ternakan.
Ini kerana, ia menyebabkan bau yang kurang menyenangkan.
Apakah ciri-ciri rumpai miang mexico ?
- Kelihatan seperti pokok "Ulam Raja".
- Pada peringkat muda sebelum berbunga, lazimnya pokok akan berbentuk rozet dengan panjang daun boleh mencecah sehingga 30cm.
- Bilangan daunnya pula boleh mencapai sehingga 55 helai.
- Ketinggiannya boleh mencapai sehingga 1.5 - 2.0 meter (dalam keadaan tumbuh menengak)
- Batangnya bercabang dan diseliputi bulu-bulu halus (trikomes).
- Bunganya warna putih seakan berkrim (diameter sekitar 4-6mm).
- Biji benih, berbentuk "baji", dengan benih matang berwarna coklat kehitaman (ukuran 2mm).
Rumpai Miang Mexico boleh dihapuskan dengan larutan campuran sekilogram garam dengan 4 liter air. Selain racun jenis cecair kimia digunakan untuk mematikan tumbuhan berkenaan, larutan garam juga boleh digunakan.
Jauhi dari tumbuhan rumpai miang mexico, dan jika anda mempunyai simptom-simptom yang disebutkan diatas, segara dapatkan khidmat kesihatan di hospital yang berdekatan.
0 Komentar untuk "Rumpai Miang Mexico "
Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.