Fenomena "New Moon" Punca Banjir Besar

Assalamualaikum
Fenomena "New Moon" Punca Banjir Besar

Banjir besar yang berlaku di kawasan Pantai Timur adalah disebabkan oleh fenomena "New Moon", iaitu kedudukan bulan yang berhampiran dengan bumi menyebabkan air pasang luar biasa.

Menurut Dr Mohd Hisham Bin Mohd Anip, pegawai Meteorologi, keadaan banjir menjadi lebih teruk apabila ditambah dengan tiupan angin monsun Timur Laut secara konsisten merentasi Laut China Selatan ke negara ini bermula bulan November hingga Mac.

Walaupun hujan semakin reda dan tidak lagi lebat, namun air banjir dilihat sukar untuk surut disebabkan fenomena "New Moon" yang bulan dengan bumi mengakibatkan air pasang lebih tinggi dari biasa.

Dr Mohd Hisham menjelaskan lagi, musim monsun timaur laut yang membawa kepada hujan lebat terbahagi kepada 3 episode iaitu episode pertama berlaku pada akhir bulan November, manakala episode kedua pada 16 - 19 Disember dan episode ketiga iaitu Isnin lepas hingga esok.

Fenomena "New Moon" Punca Banjir Besar

Walaupun cuaca dijangka baik pada dua hari tersebut, namun dijangkakan pula ada lagi episode keempat iaitu bermula 28 hingga 31 Disember dan mungkin akan berterusan hingga awal Januari 2015.

Ketika musim Monsun Timur Laut, kawasan Pantai Timur dijangka mengalami empat hingga lima episod hujan lebat menyeluruh dan berterusan selama tiga hingga tujuh hari pada November hingga Januari 2015, serta kawasan barat Sarawak dan Sabah pada Januari hingga Mac 2015. 


“Oleh itu, penduduk yang tinggal di kawasan tepi sungai dan rendah dinasihatkan supaya sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan termasuk banjir,” katanya. - Bernama


2 Komentar untuk "Fenomena "New Moon" Punca Banjir Besar"

di harapkan mangsa-mangsa banjir selamat dan dilindungi Allah subhanawataala.

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info