Kadar Dividen Dan Bonus ASB 2014

Assalamualaikum

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014, tiada kenaikan bagi agihan pendapatan dividen ASB malah menurun sebanyak 0.20 sen dan pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan menerima dividen sebanyak 7.50 sen seunit dan bonus sebanyak 1.00 sen seunit, berbanding tahun 2013 sebanyak 7.70 sen seunit.

Peruntukan bagi pengagihan pendapatan itu membabitkan pembayaran sebanyak RM10.16 bilion, iaitu peningkatan sebanyak 10.8% berbanding dengan RM9.17 bilion yang dibayar pada tahun 2013. Peruntukan bagi pembayaran bonus pula membabitkan jumlah sebanyak RM804.43 juta, iaitu peningkatan sebanyak 19.0% berbanding dengan RM675.93 juta yang dibayar pada tahun 2013 oleh PNB.

Dalam pada itu, pembayaran pengagihan pendapatan dan bonus berkenaan akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun pemegang unit, yang mana pemegang unit boleh mengemaskini buku pelaburan masing-masing di Ibu Pejabat, pejabat atau ejen ASNB di seluruh negara mulai 2 Januari 2015

Tarikh rasmi dividen dan bonus ASB :18 Disember 2014

Tarikh pembayaran ASB 2014 : 2 Januari 2015

asb


Kadar Dividen ASB Amanah Saham Bumiputera

Kadar Dividen ASB 2014 = 7.50 sen seunit
Bonus ASB 2014 = 1.00 sen seunit

Jumlah Dividen + Bonus ASB 2014 = 8.50 sen seunit



0 Komentar untuk "Kadar Dividen Dan Bonus ASB 2014"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info