Assalamualaikum
Tahniah buat adik-adik yang berjaya menyambung pelajaran ke institusi pengajian tinggi. Ingat ye, belajar dekat IPTA / IPTS nie tak sama macam kita belajar di sekolah, semua benda cikgu suap, dilayan bagaikan menatang minyak yan penuh. Tetapi di alam pengajian tinggi, tiada perkataan "suap menguap", nak pointer tinggi rajin jumpa pensyarah, rajin ulangkaji, dan rajin masuk kuliah.
Tertiba rindu pula dewan penginapan pelajar Muamalat....ehhh ehhh..
Bagi pelajar di institusi pengajian tinggi ni pasti akan membuat pinjaman PTPTN, kecuali mereka yang datangnya dari keluarga yang kaya, atau mendapat mana-mana tajaan.
Sejak dua tiga hari nie, bila aku semak keyword terkini di Nuffnang, pasti ramai yang mencari artikel mengenai kemasukan duit PTPTN untuk pelajar Politeknik...
Jadi, mengikut jadual tentitif pengeluaran wang pembiayaan PTPTN kepada pelajar Politeknik diterima pada 19 Disember 2014. Sebarang semakan boleh rujuk di sini - Portal PTPTN dan untuk lihat jadual tentatif terkini rujuk di sini - Tentatif Pembiayaan PTPTN Pelajar Politeknik bagi seluruh Politeknik di Malaysia.
So, dah dapat duit PTPTN tu, jangan memboros pula, gunakan sebaik mungkin.
0 Komentar untuk "Tarikh Kemasukan Duit PTPTN Untuk Pelajar Politeknik 2014"
Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.