Panduan Beli Domain Blog

Assalamualaikum

Jika anda seorang blogger yang dah lama berkecimpung dalam dunia blog Malaysia, aku yakin pasti ramai yang dah tahu pasal domain dan harga terbaik untuk blog kan? Namun, entry ini aku tuju khas buat mereka yang berminat untuk memiliki domain bagi blog kesayangan.


Apa itu domain ?

Domain adalah nama atau alamat web yang ditulis di pelayar laman web seperti Google Chrome, Mozilla Firefox dan sebagainya. Istilah lain untuk alamat blog juga disebut URL yang bermaksud Uniform Resource Locator. Domain ini diperlukan untuk membawa pelawat ke halaman laman web atau Blog anda. 

Contohnya, domain bagi laman web yang anda sedang layari sekarang www.bakul2011.com. Sedikit tip, semasa memilih domain pastikan ia haruslah ringkas dan mudah diingati kerana alamat inilah yang orang ramai akan taip di web browser untuk pergi ke laman web anda.

Berapakah harga untuk dapatkan domain sendiri untuk blog?

Busuk-busuk pun adalah dalam lingkungan USD10-USD15 sahaja. Dalam bahasa duit poket anda yang senang difahami iaitu dalam lingkungan harga RM30-RM38 bagi setiap satu nama domain. Di sini, aku tunjukkan satu jadual am harga domain yang aku ambil daripada salah satu syarikat yang menyediakan servis ini iaitu SyokHost.com.

Harga Domain Blog Di Malaysia


Dengan SyokHost, mereka menawarkan harga domain name bermula dengan RM34 setahun. So, aku rasa tak mahal kot harga tersebut, bukannya sebulan tetapi setahun. Jika anda tidak tahu cara pemasangan domain, hanya add RM4 semua settel.

Jangan Salah faham Antara Domain Dan Hosting

Domain ini sekadar nama blog, sepertimana blog aku ada nama sendiri iaitu www.bakul2011.com ( dot com), tetapi hosting lain harganya dan hosting bagi blog ini masih menggunakan blogspot (blogspot.com) jika anda pengguna Wordpress maka ia adalah berhosting wordpress.com.

Blog ini masih lagi boleh dicapai dengan url www.bakul2011.blogspot.com. Tak caya cuba klik link tu tengok.

Jangan tunggu lagi !

So apa tunggu lagi dapatkan domain name 
anda sendiri, lebih seo, lebih laju 
hanya dengan SYOKHOST.COM

2 Komentar untuk "Panduan Beli Domain Blog"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info