Video Pautan Lucah di Facebook adalah Malware - SKMM

Assalamualaikum

Pengguna laman sosial Facebook dinasihatkan agar tidak sesekali klik video pautan lucah yang kononnya di post oleh rakan facebook anda.

Antara pautan video yang terkini bertajuk "Gadis Mabuk Setelah Pesta" atau " Aksi Lucu Gadis Mabuk Teruk" yang kini tersebar di laman facebook.



Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), pautan berkenaan cuba untuk menarik pembaca dengan memaparkan visual berunsur lucah.

"Apabila anda klik pautan itu, anda akan diminta memasang satu perisian berbentuk 'plugin' yang sebenarnya adalah sejenis malware (virus)," menurut kenyataan yang dimuat naik di Facebook suruhanjaya itu.

SKMM meminta pengguna yang menjumpai kandungan sedemikian membuat laporan penyalahgunaan secara terus kepada Facebook di ruangan 'Report This Post - It's spam' di bahagian kanan (atas) kandungan berkenaan.

"Jika akaun (Facebook) anda telah dijangkiti malware, sila tukar kata laluan secepat mungkin dan sampaikan peringatan ini kepada rakan-rakan anda," menurut kenyataan itu.
 Malah bagi sesiapa yang melihat rakan anda post video yang berbentuk lucah, sedangkan dia sendiri tidak tahu video tersebut datangnya, sila minta rakan anda tukar password facebook. Kerana telah dijangkit malware (virus)

- BERNAMA
0 Komentar untuk "Video Pautan Lucah di Facebook adalah Malware - SKMM"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info