Tips Tingkatkan Amount BE Nuffnang

Assalamualaikum

Dalam bulan ni saja dah 4 iklan CPUV dari Nuffnang aku yang aku dapat. Tapi hanya tiga yang sedang bergolek dalam blog, dan satu lagi dah pun credited datangnya dari Lactacyd Revitalize.

Sebelum ni, aku tak tahu juga macam mana Nuffnang tambah CTR Bonus untuk BE, setelah aku buat pembacaan dari rakan-rakan blogger. Oooooo macam nie rupanya.

Tips Tingkatkan Amount BE Nuffnang

Tips Tingkatkan Amount BE Nuffnang

see, jumlah BE yang bulan November pun masih lagi bergolek mencapai nilai 10 setiap satu agaknya kot...hehe

Apakah tips nak tingkat jumlah BE ye ?

Ok tips nya mudah sekali, pertama anda perlu tingkatkan trafik blog. Macam mana ye? hah, anda boleh lakukan blogwalking ke blog rakan-rakan lain. Atau paling mudah ping kan saja blog ke laman facebook atau group facebook.

CTR bonus dikira atau diberikan, sekiranya trafik tinggi pada masa iklan tersebut sedang berjalan. Hipotesisnya - " semakin banyak trafik masa tu, semakin bertambah CTR bonus ".

Paling penting, anda harus mantainkan trafik blog, jangan hari naik esok jatuh menjunam. Blog yang trafiknya stabil amat disukai oleh pihak advertiser. Lagi satu, anjurkan apa-apa contest, atau giveaway untuk tarik orang lain datang ke blog kita. Tak pun anda saja yang serta contest mereka, mudah kan ?

Bagi blogger yang bermain SEO, pasti tersenyum lebar. Mana tak nya, visitor yang dijana dari trafik organik. Update je entry dah ada kat halaman pertama... hmmm. Aku pun masih lagi belajar pasal SEO nie, memang seronok. Tapi kebanyakkan yang cekap SEO mana pakai Nuffnang lagi.

Wokep...setakat ni saja celoteh aku. Harap entri ni dapat membantu anda untuk tingkatkan amount BE Nuffnang...kalau anda dapat 3 iklan dengan nilai 5.00, kalau tiga dah jadi 15.00..tak ke bagus tu. Selamat mencuba.


5 Komentar untuk "Tips Tingkatkan Amount BE Nuffnang"

Ini betul-betul membantu ni :). Dan kebetulan sekarang saya sedang blogwalking ke blog yang pernah klik iklan nuffnag dekat blog saya hehe termasuk blog ini juga..

terima kasih...perkongsian yang baik dan menarik

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info