Harga Petrol RON95,RON97 dan Diesel Naik Mac 2015

Harga Petrol RON95,RON97 dan Diesel Naik Mac 2015Harga petrol RON95,RON97 dan Diesel naik Mac 2015. Desas desus menyatakan bahawa harga petrol akan naik mulai 1hb Mac 2015 ini.

Ini adalah berikut harga minyak mentah dunia sudah berada pada paras awal tahun ini.

Jadi, kemungkinan akan menjadikan harga RON95 naik semula dari RM1.71 seliter kepada RM1.90 seliter, sekiranya kerajaan mengumumkan harga pasaran apungan Mac ini. 

Dibawah sistem apungan terurus ini, puratan bulanan harga minyak mentah dunia akan menentukan harga runcit bahan api pada bulan berikutnya.

Harga petrol RON95,RON97 dan Diesel

RON97 juga dijangka akan meningkat sebanyak 20sen dari harga asal iaitu RM2.00 seliter kepada RM2.20 seliter. Perkara yang sama juga mungkin akan dikuatkuasakan kepada diesel yang mana harga terkini adalah RM1.70.


Harga Petrol RON95,RON97 dan Diesel Naik Mac 2015

Walaupun, nantikan pengumuman rasmi dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada hari terakhir bulan Februari ini untuk harga runcit RON95, RON97 dan Diesel di Malaysia bagi bulan Mac 2015.


3 Komentar untuk "Harga Petrol RON95,RON97 dan Diesel Naik Mac 2015"

biasa la tu.kejap naik, kejap turun

sepatutnya kerajaan tak boleh buat begituu .

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info