Polisi Terkini Buat Blogger Kandungan Lucah

Polisi Terkini Buat Blogger Kandungan LucahPolisi terkini buat blogger kandungan lucah. Blogger (blogspot) mengumumkan satu polisi baru berkaitan dengan kandungan blog yang selama ini membenarkan apa saja kandungan diterbitkan tanpa sebarangan sekatan.

Polisi kandungan untuk orang dewasa atau adult content ini akan berkuatkuasa mulai 23 Mac 2015.

Ianya adalah langkah yang bagus bagi blogger yang sering menyalahgunakan blog sebagai sumber pendapatan haram dengan cara memuatnaik artikel atau video yang dikategorikan sebagai sexually explicit atau lucah.

Polisi Terkini Buat Blogger Kandungan Lucah 


Polisi Terkini Buat Blogger Kandungan Lucah
Mana-mana blog yang didapati berkongsikan imej dan video lucah secara terbuka akan dikenakan sekatan mulai tarikh kuatkuasa itu. Dan blog tersebut hanya boleh dibuka oleh pemiliknya sahaja dengan kebenaran khas, secara automatiknya blog anda akan menjadi private dan tidak boleh diakses secara umum.

Maksudanya, blog anda - orang lain tak boleh buka kecuali anda.

Bukan itu saja, paparan iklan di blog anda yang mengandungi imej atau video lucah juga membolehkan blog anda disekat. Untuk mengembalikannya kepada asal, anda hanya perlu delete semua entri lucah tersebut.

Buat blog yang tiada kandungan sedemikian, tiada yang perlu dirisau dan tiada perubahan ketara yang bakal lihat.


4 Komentar untuk "Polisi Terkini Buat Blogger Kandungan Lucah"

bagus gak buat macam ni. Sekarang bahan2 porno dan lucah mudah sangat diperolehi di internet

Tapi adakah porno yang kita fahami sama dengan porno yang google maksudkan. Saya ada pengalaman. Saya dikatakan berfikiran sempit oleh mereka kerana melakukan report ke 3 untuk video 3 remaja mandi bogel di youtube.

Sama atau tidak tu, kita tunggu saja 23 Mac nanti, sebab nak cakap lebih pun, nanti google faham lain pulak kan..

bagus menda ni . banyak blog2 lucah kat luar sana kan

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info