
Penyebaran maklumat mengenai terdapat bom berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sehingga mencetuskan rasa panik.
Namun, dalam masa yang sama ianya adalah gurauan yang membuatkan orang ramai tanpa rasa bersalah membuat satu khabar angin palsu ini dengan menyebarnya melalui media sosial.
Bom Dijumpai Di KLIA Cetus Panik
Maklumat palsu mengenai bom yang disebarkan berserta gambar, oleh mereka yang tiada rasa bersalah ini adalah merujuk kepada nama seorang individu lelaki pertugas MASkargo yang bernama "Bom".
Sehubungan dengan itu, rakyat Malaysia dinasihatkan supaya tidak terus menerus mempercayai khabar angin yang disebarkan melalui Whatsapp atau media sosial tanpa sebarangan ucapan rasmi dari pihak yang berwajib.
Gurauan mengenai bom yang di KLIA ini sememangnya mengundang rasa panik di kalangan mereka yang berada di kawasan berhampiran.
Semoga pembaca media sosial akan lebih berhati-hati sebelum mempercayai sesuatu berita, kecuali ianya disampaikan sendiri oleh pihak berwajib.
0 Komentar untuk "Bom Dijumpai Di KLIA Cetus Panik"
Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.