Tonton Online Drama Suami Sebelah Rumah

Tonton Online Drama Suami Sebelah RumahTonton online drama suami sebelah rumah.  Sebuah lagi drama adaptasi novel mula mendapat tempat dihati penonton. 

Drama bertajuk "Suami Sebelah Rumah" adalah hasil karya Ana Sofiya dengan arahan Jinggo serta penerbitan dari Shiela Rusly ini dijangka bakal meletop seperti drama adaptasi yang lain.

Drama suami sebelah rumah ini menampilkan barisan pelakon hebat dan popular seperti Izzue Islam, Ayda Jebat, Nazrief Nazri, Zurina Aziz serta ramai lagi.

Tayangannya bermula 2 Mac 2015, jam 6.30 petang setiap Isnin hingga 
Khamis. Jangan ketinggalan ye!

Sinopsis Drama Suami Sebelah Rumah


Tonton Online Drama Suami Sebelah Rumah

Drama ini mengisahkan Eryna yang terpaksa berkahwin dengan Amar, kerana pengantin lelaki lari semasa hari perkahwinan mereka bagi menutup malu. Amar sememangnya mencintai Eryna sejak sekian lama, tanpa pengetahuan Eryna sendiri. 

Setelah sampai ke Kuala Lumpur, Eryna meletakkan syarat mereka harus tinggal berasingan. Amar adalah suami sebelah rumahnya.

Walaupun mempunyai ikatan sah, mereka tidak hidup serumah. Demi memiliki cinta Eryna, Amar rela menerima syarat Eryna. Namun segalanya tidak seperti yang dirancangkan, timbul persaingan sengit di rumah dan di tempat kerja apabila masing-masingnya ingin memiliki cinta Amar. Sedarkah mereka hati Amar telah dimiliki Eryna? Bagaimana reaksi Eryna apabila suaminya sendiri menjadi rebutan rakan-rakannya?

Tonton Online Drama Suami Sebelah Rumah


Episode 17
Episode 18
Episode 19
Episode 20


0 Komentar untuk "Tonton Online Drama Suami Sebelah Rumah"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info