Baca Novel Online Cik Bunga Dan Encik Sombong Bab 1, Bab 2 dan Bab 3

Sebuah lagi drama adaptasi novel berjudul Cik Bunga dan Encik Sombong bakal ditayangkan ramadan ini menerusi Astro Prima terbitan Global Station SB dan hasil karya novelis Airizs. Drama ini dibintangi oleh hero dan heroin popular iaitu Amar Baharin dan Amyra Rosli serta beberapa barisan pelakon lain yang turut menjayakan drama romantik ini.

Baca juga - Kata kunci dan SEO

Sedikit sinopsis drama cik bunga dan encik sombong mengisahkan Intan Asnidar (Amyra Rosli) yang tidak pandai bergaya, hanya bekerja di kedai bunga dengan gaji yang cukup-cukup makan.

Dia? Dia memang segak. Nama dia pun sedap, Harris Isqandar (Amar Baharin). Kalau sekali pandang mesti tak nak lepas. Kulit dia putih amat sampai mak ingat aku dah bawa balik orang Belanda masa aku bawa dia datang kampung aku buat kali pertamanya. Tapi tak kisahlah semua tu, tak penting sangat. Kemudian-kemudian nanti, rupa paras tu bakal duduk tempat keempat atau kelima.

Baca Novel Online Cik Bunga Dan Encik Sombong Bab 1, Bab 2 dan Bab 3

Asal-asalnya, dia suruh aku jadi tunang terkejut dia sebabnya gadis yang sepatutnya jadi tunang dia pada hari tu sudah lari. Okeylah sebab satu hari saja, kira aku tolong orang dalam darurat. Tapi paling terkejut bila dia cakap, “Okey Intan, mulai sekarang, awak adalah tunang dan bakal isteri saya. Sekiranya ada sesiapa kacau awak, tolong jangan berahsia dengan saya sebab kita bakal menjadi suami isteri. Suami isteri tidak boleh ada sebarang rahsia.” Terkejut amat aku. Tapi sebelum tu mak dia, Datin Nora ada beri amaran kepadaku, “Jangan mimpi nak jadi menantu saya!”

Ah! Aku pun tak nak jadi menantu dia. Tak berminat langsung. Tapi sungguhlah kata orang, kalau sudah jodoh, tentu saja tak ke mana. Tinggal lagi, lama manakah rumah tangga tersebut bakal bertahan atau benarkah Intan Asnidar itu hak milik kekal Harris Isqandar ?

Baca Novel Online Cik Bunga Dan Encik Sombong Bab 1, Bab 2 dan Bab 3

Bab 1 : Cik Bunga Dan Encik Sombong



Bab 2 : Cik Bunga Dan Encik Sombong



Bab 3 : Cik Bunga Dan Encik Sombong



Aku nampak dari bacaan novel ini, rasanya drama ini pun akan sepopular drama Suamiku Encik Sotong... Sebab mereka pun antara pelakon dalam drama tersebut... pasti dapat membawa watak dengan baik.

Tak pula aku nak tonton drama Cik Bunga Dan Encik Sombong bulan ramadan nanti

Nak baca lebih lanjut, jangan lupa singgah ke - Penulisan2U.. Selamat Membaca.





0 Komentar untuk "Baca Novel Online Cik Bunga Dan Encik Sombong Bab 1, Bab 2 dan Bab 3"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info