Kisah Erra Fazira Mula Bertudung

Kisah Erra Fazira Mula BertudungKisah Erra Fazira mula bertudung. Alhamdulillah. Satu penghijrahan yang sangat disukai oleh para peminat. Erra Fazira merupakan seorang pelakon yang berbakat besar, malah pernah memenangi Miss Malaysia World 1992 ketika usianya 18 tahun. Walaupun sekarang dia kurang tampil dalam mana-mana lakonan mahupun nyanyi, setiap perkembangannya sentiasa menjadi perhatian peminat fanatik.

Kisah Erra Fazira Mula Bertudung

Erra Fazira kini sudah bertudung sepenuhnya.

Menurut perkhabaran dari temu bual Erra Fazira bersama BH Online.

Sebenarnya niat Erra Fazira untuk penghijrahan ini sudah lama terdetik di hati beliau. Cuma kadangkala ianya terbantut dek kerana urusan dan perjanjian kerja yang sudah dimeterai. Aku juga ada perasan, Erra Fazira sudah mulai bertudung menutupi rambut sejak 2013 lagi, apabila dia berkongsi gambar bersama anak perempuannya Engku Aleesya di instagramnya.

Ramai yang memuji kecantikan dan keayuan bekas terkenal ini apabila beliau memakai tudung.

Kisah Erra Fazira Mula Bertudung
Kisah Erra Fazira Mula Bertudung

Tambahnya lagi, Pada suatu tahap saya beritahu kepada diri sendiri adakah hasrat dan niat ini harus ditunda dari hari ke sehari. Kalau nak tunggu sampai seru, mungkin ia akan terus tergantung.

"Seru itu merujuk kepada hati kita jadi kuat. Jadi saya tidak mahu lagi mencipta alazan dan menwujudkan halangan untuk membuat keputusan ini. Ikutkan saya sudah mahu bertudung sejak tahun lalu. Saya minta dibulatkan hati meminta ada hidayah untuk semuanya dipermudahkan. Alhamdulillah ia kini jadi nyata, katanya".

Kisah Erra Fazira Mula Bertudung

Bertudung Sempena Malam Nisfu Syaaban
Erra mengambil keberkatan malam nisfu Syaaban sebagai membuka lembaran baharu dalam hidup dan menutup kisah lama. Inilah masanya dan tak perlu bertangguh-tanguh lagi memberi alasan itu dan ini.
“Saya ini jenis yang mementingkan kesempurnaan dan sebenarnya sudah lama mengumpul tudung sebagai persediaan ke arah itu. Jadi malam nisfu Syaaban itu saya sangkut tudung di dalam bilik dan nekad dalam diri untuk mengenakannya keesokan hari.
“Malam itu juga kebetulan giliran saya bersama Engku Aleesya. Saya katakan kepadanya diri ini agak gementar untuk semua ini. Saya bertanya kepadanya kalau diri ini bertudung, apa komennya. Dia jawab, dia suka. Keesokan semasa menghantarnya ke sekolah, dia kembali mengajukan soalan adakah saya gementar selepas bertudung? Saya jadi terpinga-pinga.
“Rupa-rupanya dia ingat lagi soalan saya pada malam sebelumnya mengenai perasaan gementar yang bertandang. Dia cakap mummy nampak cantik bertudung. Saya sangat tersentuh ketika itu,”.
Sekiranya benar apa yang ditulis akhbar online tersebut. Alhamdulillah. Malah berdasarkan pemerhatian, aku lihat gambar profil instragram turut ditukar kepada gambar memakai tudung. Kita doakan agar berita penghijrahan ini sahih.

Serta berharap kisah Erra Fazira mula bertudung ini, akan dikongsikan secara terbuka. Dan semoga lebih ramai wanita di luar sana yang turut mengikuti jejak langkah beliau, walaupun akan ada yang berbisik-bisik di telinga nanti...

Doakan yang terbaik..

2 Komentar untuk "Kisah Erra Fazira Mula Bertudung"

Bagus dgn perubahan yg dilakukan dia. Tapi biarlah bertudung tu menutup aurat.

Alhamdulillah, satu penghijrahan ke arah yang lebih baik.. Semoga dipermudahkan segalanya..

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info