Cara Berkesan Buang Iklan Popup Di Smartphone

Cara berkesan buang iklan popup di smartphone. Baru-baru ini smartphone Lenovo saya terjebak dengan masalah iklan popup yang sering kali muncul apabila sambungan internet di aktifkan... Hmm. risau sangat! Setiap kali saya buka saja sambungan... sama ada ketika browser atau membuka apa-apa aplikasi social chat seperti wechat, whatsapp atau instagram... tak sampai beberapa saat iklan popup akan muncul...

Yang menjadi masalah apabila iklan popup ini muncul dan terlihat seperti "spam" menganggu setiap penggunaan saya. Sampaikan nak balas mesej dari whatsapp pun ambil beberapa minit.. untuk tekan butang pangkah iklan kemudian barulah boleh taip... Rimas betul.

Tambah lagi masalah, bila masa virus ini menyerang mengakibatkan sambungan wifi dan data saya aktif dengan sendiri. Check saja baki, tingga RM0.22... habis ditelan. Itu yang membuatkan saya perasaan smartphone ni bermasalah.

Cara Berkesan Buang Iklan Popup Di Smartphone

Walaupun Lenovo ini tersedia dengan aplikasi 360 security, tapi itu tidak memadai untuk menghilangkan iklan popup ini.... sehinggalah rakan saya syorkan saya download aplikasi Clean Master dari play store.

Cara Berkesan Elak Iklan Popup Di Smartphone

Clean Master merupakan satu aplikasi pembersih file sampah yang terdapat dalam memori sama ada internal mahupun external smartphone anda. Dengan aplikasi ini, saya dapat mengesan punca masalah iklan popup yang sering muncul setiap kali sambungan di aktifkan... rupanya datang dari aplikasi Google, patutlah iklan-iklan dibawah tertulis iklan-iklan dari Google. Hmm. Alhamdulillah, berjaya dibuang.


Malah, kapasiti memori saya pun semakin menyusut selepas membuat beberapa tahap pembersihan. Yang mana tak berguna, lebih baik singkirkan saja... barulah smartphone anda berjalan dengan lancar dan selamat.

Clean Master Aplikasi Pembersihan Terhebat

Saya dah jumpa penyelesaian. Jadi untuk anda yang menghadapi apa-apa masalah berkenaan virus atau sistem operasi smartphone yang bergerak agak perlahan dan lembab boleh dapatkan aplikasi Clean Master ini. Hanya download secara percuma menerusi Play Store...

Selamat mencuba.


2 Komentar untuk "Cara Berkesan Buang Iklan Popup Di Smartphone"

terima kasih untuk perkongsian ini..

Hope ads x kembali jika install clean master...

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info