Petua tradisional merawat penyakit asma. Penyakit asma.. dahulunya di panggil semput atau lelah boleh dihidapi oleh sesiapa saja tak kira lelaki mahupun perempuan, dewasa atau pun kanak-kanak. Tak kiralah apun gelaran yang dipanggil.. yang pasti penyakit ini berpunca daripada saluran penafasan yang membuatkan pesakit mengalami sesak nafas tatkala ia menyerang.
Hmm. ketika masih dibangku sekolah rendah, pernah juga saya menghidap penyakit lelah ini. Tatkala diserang, muka akan jadi pucat.. bernafas rasa tak puas, sehinggalah tepaksa menggunakan oksigen tambahan yang disediakan doktor untuk pesakit... Bila meningkat usia 13 tahun, penyakit asma ni hilang. Alhamdulillah.
Statistik Penyakit Asma
Pantang Larang Untuk Pesakit AsmaHmm. ketika masih dibangku sekolah rendah, pernah juga saya menghidap penyakit lelah ini. Tatkala diserang, muka akan jadi pucat.. bernafas rasa tak puas, sehinggalah tepaksa menggunakan oksigen tambahan yang disediakan doktor untuk pesakit... Bila meningkat usia 13 tahun, penyakit asma ni hilang. Alhamdulillah.
Statistik Penyakit Asma
- Dianggarkan lebih kurang 80 peratus kanak-kanak dan 50 peratus adalah dewasa yang menghidap penyakit ini.
- 80 peratus kanak-kanak yang menghidapi asma akan hilang selepas meningkat belasan tahun.
- Sebilangan 50%-60% akan sembuh apabila dalam pesakit dalam lingkungan usia 20-25 tahun.
- 20 peratus lagi akan mendapat asma secara berterusan
- Elakkan daripada terhidu asap rokok.
- Tak boleh main hujan atau berada di cuaca panas dan sejuk.
- Berada di tempat-tempat berdebu, berhabuk terutamanya karpet.
- Kalau boleh elak jangan bela kucing di rumah
- Waktu tidur, elak dari guna ekon.. agar tidak terlalu sejuk.
Penyakit asma atau lelah ini tidak memberi kesan apa-apa terhadap jatung tetapi boleh memudaratkan paru-paru. Namun, penghidap penyakit ini terbatas daripada melakukan apa-apa aktiviti lasak kerana ia boleh menyebabkan serangan asma dengan tiba-tiba.
Mari saya kongsikan beberapa petua tradisional bagi merawat penyakit asma di peringkat, antaranya:
- Susu kambing - Perah susu kambing asli dan mentah, kemudian amalkan minum di awal pagi, selepas makan atau sebelum makan. Penyakit asma akan beransur hilang.
- Madu lebah - Kaya dengan 1001 khasiat. Amalkan makan madu lebah asli, satu atau dua sudu besar setiap hari. Untuk kanak-kanak cukuplah satu sudu kecil.
- Bawang putih - Ambil bawang putih, hiris nipis-nipis.. kemudian rebus hirisan bawang putih tadi. Tunggu airnya dah sejuk masukkan madu lebih dan minum setiap pagi selama 10 hari.
- Daun sireh - Rebus daun sireh bersama gula batu hingga pekat. Amalkan minum airnya setiap pagi.
- Daun pegaga - Ambil daunnya, kemudian rebus dan minum air rebusan daun pegag itu. Amalkan selalu.
Cuba amalkan di rumah petua dan tip yang saya kongsikan di atas. Kita hanya berusaha dan berikhtiar yang menyembuhkan penyakit adalah Allah.
Semoga petua tradisional merawat penyakit asma ini dapat membantu anda. Selamat mencuba.
Sumber : Petua tradisional
Semoga petua tradisional merawat penyakit asma ini dapat membantu anda. Selamat mencuba.
Sumber : Petua tradisional
0 Komentar untuk "Petua Tradisional Merawat Penyakit Asma"
Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.