Kerana Solat Sunat Pengantin Dikecam Netizen

Kerana solat sunat pengantin dikecam netizen. Bukan niat saya untuk mengaibkan pasangan pengantin ini, sekadar ingin berkongsi adab atau tatatertib dalam solat yang sering di ambil mudah oleh sesetengah orang. Sedangkan bercakap sesama manusia sendiri pun mempunyai adab, inikan pula dalam menunaikan solat terutama cara pemakaian yang betul untuk solat bagi wanita. Tak salah kalau tak pakai telekung asalkan bahagian-bahagian yang wajib bagi seorang perempuan itu ditutup.

Kerana Solat Sunat Pengantin Dikecam Netizen

Kerana Solat Sunat Pengantin Dikecam Netizen

Dua keping gambar ini menjadi viral di laman sosial facebook sebaik saja dikongsi pengguna. Makanya ramai yang mengkritik sepasangan pengantin yang baru saja dinikahkan dan menunaikan solat sunat "bersama".

Apatah lagi dengan pemakaian pengantin wanita yang terlalu ketat di bahagian belakang, lainlah kalau si pengantin itu mengena jubah yang longgar. Tidak menampakkan bentuk tubuh.

Salah seorang daripada yang memberi komen berkata "Suami bayar mas kahwin, lelaki lain yang jamu mata free.. tu namenye belanja".

Dalam kaedah sebenar tatatertib dalam solat, seorang suami yang mengimamkan isteri dalam jemaah haruslah berada di hadapan, dan kedudukan isteri pula di belakang suami bukan di tepi. Dan jika adanya pula makmun lelaki maka makmum lelaki tersebut akan berkedudukan di sebelah imam.

Perkara ini pernah dijelaskan oleh pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus berkenaan kedudukan solat jemaah antara suami dan isteri.

Semoga bakal-bakal pengantin yang mahu mengerjakan solat jemaah "bersama" selepas ini tidak mengulangi semula kesilapan seperti di atas. Yang tak tahu kita boleh belajar dan bertanya, jangan hanya tahu mengkritik saja.


2 Komentar untuk "Kerana Solat Sunat Pengantin Dikecam Netizen"

sebagai pengajaran bagi yang lain.. kdg2 org yg mengkritik tu ayat dia.. bisa.. sama2 ingatkan lebih baik...

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info