10 tips mesra pengunjung !

Assalamualaikum

Mempersiapkan blog dengan teknik On-page dan Off-Page adalah satu kemestian bagi blogger lama. Namun, entri ini aku kongsikan buat bakal blogger baru yang bakal tumbuh dalam dunia blogging ini.

Setiap penulis, pasti mengimpikan hasil nukilan dibaca orang lain. Tapi, adakala penulisannya baik, disebabkan teruja dalam mencantikan blog, membuatkan blog kurang pengunjung. Tak salah sebenarnya, kalau anda suka edit blog, tapi pastikan blog tersebut mesra pengunjung.

Bagaimana nak jadi blog anda mesra pengunjung? ikuti tip-tip yang ingin aku kongsikan dibawah ini.

10 Tips Mesra Pengunjung

1. Tab menu / sitemap

Fungsi tab menu adalah memudahkan pembaca untuk akses ruangan bacaan lain. Selain itu, ia sangat menguntungkan kerana blog kita, dapat dieksplorasikan dengan berkesan. Kalau anda perasan, kebanyakkan template SEO, telah pun menyediakan tab menu untuk kegunaan penggunanya. 

Sama juga dengan sitemap, tetapi sitemap lebih mesra SEO, dimana ia berfungsi bagi meningkatkan maklumat url sesebuah blog yang boleh di crawl (jelajah) oleh robot-robot enjin carian. Ini kerana di dalam sitemap hanya terdiri daripada url sahaja, dan memudahkan robot senjin carian mengindeks seluruh artikel yang berada di dalam situs blog anda.

2. Kotak Shoutbox

Sekiranya anda menggunakan hide shoutbox, pastikan susunan script untuk kotak chat tersebut berada di bawah sidebar. Untuk mengelakkan loading lama di bahagian entri post anda. 


Jika anda menginginkan template yang 100% SEO dengan lakukan ujian SEO di chkme.com, anda harus korban kotak shoutbox, kerana Iframes yang terdapat dalam script tersebut, mampu mengurangkan peratusan SEO tamplate anda.

3. Lagu Dalam Blog

Tidak salah sekiranya anda sukakan lagu dalam blog. Tapi elakkan menggunakn SCM MUSIC PLAYER kerna ia akan menyebabkan blog anda terloading dua kali sebelum paparan entri anda.

Tak percaya cuba baru lihat blog yang ada scm music player. Anda masih lagi boleh dengar music dengan autoplay music.

4. Scroll Box

Pastikan sidebar anda mempunyai scroll box yang menyingkatkan loading blog anda, tak kisahlah kalau anda suka tempek gambar banyak-banyak ke, banner ke,widget apesal.com ke, tapi pastikan di "scroll box". Malah sidebar anda nampak lebih kemas dan tersusun.

5. Warna Tulisan Anda

Elakkan menggunakan tulisan yang berwarna selain hitam, terutama kuning, hijau muda dan mana-mana warna yang cerah, kerana ia akan menyebabkan reader/blogger sukar untuk membaca, tambah2 kalau tulisan anda pula halus sebesar kuman. adesss terkedek2 cari button pangkah.


6. Masukan Gambar

Kebanyakkan blog yang aku lawat, mejoriti menggunakan photobucket untuk dapatkan code gambar kan. Adakah anda tahu? loading untuk code photobucket terlalu lama berbanding kode yang anda ambik dari FB & new post.

7. Susunan Iklan

Pastikan iklan yang anda pasang berada ditempat yang sepatutnya ( sidebar/ header) kerana ada sesetengah blog meletakkan iklan blogskin sehingga terpaksa menunggu beberapa minit untuk loading tamat iklan tersebut. 

Tahulah anda nak kaya, tapi kalau boleh jangan paksa orang lain untuk klik anda punya iklan.

8. Kotak komen terkini

Sesetengah blog tidak mempunyai kotak komen terkini bukan. Ala kotak yang anda boleh nampak ada orang komen entri tu. Mungkin ada kalangan yang tidak gemar meletakkan kotak komen, tapi untuk memudahkan anda tahu ada pengunjung komen. 

Lebih baik anda pasang, sebab entri yang dah lapuk pasti anda dah jarang buka kan? tapi kalau ada pengunjung yang komen, bagaimana anda nak balas?

9. Pop up window comment

Pastikan kotak komen anda senang untuk dibuka, kerna ada sesetengah blog yang terpaksa new page untuk memberi komen, so pengunjung pun jadi malas nak komen & mereka cuma singgah & baca.

10. Rajinkan Blogwalking

Rajinkanlah diri anda untuk blogwaking blogger2 yang lain & tinggalkan jejak anda di shout mereka, besar kemungkinan mereka yang anda terjah pasti akan balas kunjungan mereka semula. Dan ada kalanya bila anda mesra, mereka bukan setakat mengunjung bahkan akan menjadi follower anda. Mungkin juga pembaca tetap blog anda?



16 Komentar untuk "10 tips mesra pengunjung !"

info yg bgus... thanks ye share...

saya tag awak.. http://wanawanachup.blogspot.com/2012/03/segmen-singgah-bw-by-wan-nashrul.html

wahhhh bagus lah ikaa..no 3 tu yang best tuh.selalu aku pangkah ja..huhu

Saya paling x suke bace blog tulisan kecik yg amat ..Sakit mata

bagus ade idea macam ni.. saya tau sikit je.. tq sbb tambahkan lagi ape yg sy xtau.. hehe

yang paling penting blog kemas, mudah dibaca dan cepat load :)

Sesuai sgt lah :)

By : http://ehbloger.blogspot.com/

trime kasih share tips ya ;)

bagus tips ni :) tapi blog din makin berat la tak tau nk bwt mcm mana lagi =_=

Wah thanks share this ,,,

BLOGWALKING

good info...tq....

http://nadikehidupanku.blogspot.com

Ne pn info yg sgt bgs...Well done Ikaa :)

Terima kasih bro sudi berkongsi info dan tip bagaimana mahu blog mesra pengunjung. Semoga ada banyak lagi tip2 berkaitan blogging ini.

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info