Pilot Cafe Adaptasi Novel Karya Ahadiat Akashah

Filem Pilot Cafe. Sebuah filem adaptasi novel karya Ahadiat Akashah, arahan Osman Ali terbitan Tarantella Pictures Sdn. Bhd. dan Astro Shaw. Sebelum ditayangkan lagi, filem ini sudah pun hangat diperkatakan, kerana terdapatnya adegan-adegan romantik. Hurm! 

Baca juga - Nuffnang Earning RM200.72

Filem ini bakal ditayangkan mulai esok (30 April 2015). Antara barisan pelakon yang membintangi filem Pilot Cafe ini adalah Fahrin Ahmad, Izara Aishah, Neelofa, Remy Ishak, Eizlan Yusof, Keith Foo dan ramai lagi. Aiseeeeyh! semua pelakon hebat ini, adakah filem ini bakal meletop seperti drama adaptasi sebelum ini? Kita nanti esok... Mesti gempak punya ni.

Sinopsis Filem Pilot Cafe

Pilot Cafe Adaptasi Novel Karya Ahadiat Akashah

Filem Pilot Cafe mengisahkan kehidupan seorang pilot (juruterbang) yang bernama Ameer Reza (Fahrin Ahmad). Ameer gemar berfoya-foya dan memainkan perasaan wanita. Hidupnya bergelumang dengan maksiat. Namun segalanya berubah apabila dia kehilangan sahabat baiknya Harris yang maut ketika bertugas sebagai Juruterbang. Ameer mula sedar yang hidupnya selama ini penuh dengan kejahilan dan dirinya insaf serta ingin pulang ke pangkal jalan. Bagi menebus dosa silam, Ameer berhenti dari menjadi juruterbang dan membuat keputusan untuk mengusahakan sebuah restoran yang diberi nama Pilot Cafe.

Di saat kerjaya baru semakin stabil, Ameer bertemu dengan seorang gadis kampung yang bernama Maya(Izara Aishah). Melihat keadaan Maya yang berada dalam ketakutan membuatkan Ameer terus menghulur bantuan. Ameer membuat keputusan untuk membantu Maya dengan harapan dapat menebus dosa silamnya yang lalu. Sedikit demi sedikit Ameer mula mengetahui kisah hidup Maya dan punca Maya melarikan diri ke Kuala Lumpur. Maya kini berbadan dua kerana terlanjur dengan kekasihnya Rashid (Remy Ishak). Ameer juga mula terkenangkan Sharmila (Neelofa) iaitu salah seorang gadis yang ditidurinya dan tanpa sedar dia juga tertarik padanya namun Sharmila telah menghilangkan diri, selepas Ameer menyuruhnya mengugurkan kandungannya.

Ameer mengambil keputusan untuk menjaga Maya dan memberikan perhatian pada anak yang dikandung Maya. Ini sebagai satu cara untuk Ameer menebus rasa bersalah terhadap semua wanita yang pernah dia sakiti sebelum ini. Maya turut meminta Ameer menyamar sebagai suaminya demi memperbaiki hubungan bersama ibu bapanya. Di saat Ameer sedang bahagia bersama Maya, Sharmila muncul bersama seorang anak kecil. Anak kecil itu adalah anak Ameer dengan Sharmila manakala Maya pula ingin kembali pada kekasihnya Rashid. Ameer membatalkan hasratnya untuk meluahkan perasaan cintanya pada Maya setelah Maya memberitahu ingin kembali pada Rashid. 


Apa yang bakal jadi seterusnya??.

Apakah Ameer akan pendamkan perasaannya terhadap Maya? 


Nak tahu kesudahannya? Jangan lupa saksikan Filem Pilot Cafe Full Movie di pawagam yang berhampiran anda mulai 30 April 2015...


Sumber: MissBanuStory
 
0 Komentar untuk "Pilot Cafe Adaptasi Novel Karya Ahadiat Akashah"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info