Uncle Seekers kini bebas dengan jaminan polis

Assalamualaikum!~


nur ikaa

nur ikaa


Siapa yang tidak mengenali Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas atau komersialnya Uncle Seekers yang terkenal dengan pengkaji aktiviti paranormal atau lebih tepat iaitu cari hantu. Uncle Seekers juga merupakan pengendali sebuah laman blog iaitu www.uncleseekers.blogspot.com, yang kini telah ditutup atas sebab-sebab tertentu. Hari ini, Uncle Seekers dibebaskan dengan jaminan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya hari ini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Asisten Komisioner Mohd Akhir Ishak yang mengesahkan perkara itu, berkata ,Uncle Seekers 46, dibebaskan pada jam 12.55 tengah hari. Uncle Seekers ditahan kira-kira jam 7 malam pada 11 Julai lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 selepas polis menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 34 tahun di IPD Nusajaya pada 4 Julai.

Uncle Seekers  kemudian direman selama tiga hari dengan perintah daripada Mahkamah Majistret di sini.

Sebelum itu, Uncle Seekers ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972 kerana tulisan dalam blog miliknya www.uncleseekers.blogspot.com didakwa memfitnah Sultan Johor.

Mohd Akhir berkata, kertas siasatan terhadap Uncle Seekers berkaitan kes mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972 telahpun diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya dan sedang menunggu tindakan susulan daripada mahkamah.

Polis juga, katanya masih menunggu keputusan ujian air kencing Uncle Seekers bagi kesalahan mengambil dadah.

Teman wanita Uncle Seekers yang sebelum ini ditahan untuk membantu siasatan dan dua lelaki berusia 23 serta 24 tahun yang merupakan kenalannya yang ditangkap di Tanjung Kling, Melaka pada 9 Julai lalu, turut dibebaskan.

Bekas pengurus peribadi  Uncle Seekers dan teman wanitanya yang berusia 27 tahun pula direman sehingga hari ini.


sumber : katak comel
3 Komentar untuk "Uncle Seekers kini bebas dengan jaminan polis"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info