Assalamualaikum
Zakat
| Kebetulan ikaa dari bidang Muamalat, dan 1/2 nie bakal duduki paper
Zakat, tertiba ternampak si Izwan nie pulak, buat satu giveaway yang
sedikit sebanyak nak berkongsi tentang zakat. Hadiah tue xpenting,
menang kalah adat pertandingan, yang penting ilmu adalah lebih bernilai.
Dengan rasminya ikaa support rakan blogger nie untuk join GA beliau.
Apa itu zakat ?
Actually, zakat nie adalah hak orang miskin dalam harta orang kaya. Dari
segi bahasa, zakat diambil dari perkataan "zaka" iaitu bertambah dan
subur. Dari segi istilah pula ialah suatu kadar tertentu yang diwajibkan
Allah kepada pemiliknya untuk dikeluarkan kepada golongan yang berhak
berdasarkan kaedah dan syarat tertentu. Kalau kita tengok dalam
Al-Quran, ibadat zakat disebut sebanyak 30kali contohnya Surah al-Taubat:ayat 60, 16 & 34 dan surah al-Baqarah: ayat 83, dan termaktub dalam rukun Islam yang keempat. So bermakna zakat nie penting seperti solat.
Golongan berhak menerima zakat
Kalau kita lihat dalam buku-buku berkaitan zakat di Malaysia, terdapat 8 Asnaf yang berhak menerima zakat iaitu
- Fakir
- Miskin
- Amil
- Muallaf
- Hamba
- Orang berhutang
- Orang yg terputus wang dalam perjalanan
- Fi'sabilillah
Namun,
bagi Negeri Kedah, agihan zakat untuk asnaf hamba di pindahkan kepada
asnaf fakir, miskin dan amil kerana, di zaman yang moden nie tiada lagi
istilah hamba, yang ada cuma pembantu rumah bukan dikira sebagai hamba.
Syarat umum zakat
- Islam (hanya wajib ke atas muslim)
- Sempurna milik
- Cukup nisab (kebanyakan jenis harta diukur berasaskan nilai emas iaitu 85 gram melainkan zakat pertanian dan ternakan terdapat kaedah tersendiri)
- Cukup haul (setahun qamariah (354 hari)
Jenis zakat
Kalau
mengikut kepada statistik pusat zakat, jenis perolehan zakat terbahagi
kepada 2 zakat utama iaitu zakat fitrah dan zakat harta. Zakat fitrah
rasanya semua orang tahukan, yang setiap tahun ibu dan ayah atau kita
sendiri akan bertemu dengan amil untuk membayar zakat fitrah iaitu pada
bulan ramadhan, tetapi dipanggil waktu haram jika dibayar selepas
terbenamnya matahari satu syawal. So lebih afdal bayarlah sebelum
sembahyang hari raya atau sepanjang bulan ramadhan supaya kita tidak
terlupa menunaikan kewajipan ini.
Zakat harta pula terbahagi kepada 8 jenis iaitu
- Zakat emas dan perak
- Zakat perniagaan
- Zakat binatang ternakan
- Zakat pertanian
- Zakat Wang
- Zakat Ma'adin, Kunuz dan Rikaz
- Zakat saham
- Zakat pendapatan
Untuk makluman semua, pengeluaran zakat adalah sebanyak 2.5% setahun. Perlu ke ikaa buat pengiraan nie, supaya korang nampak lebih jeles. Ok laa, ilmu apa salahnya kalau kongsi kan.
Cara Pengiraan zakat emas
Emas
yang wajib dizakat ialah emas yang tidak dipakai yang melebihi/menyamai
85gram, dan emas yang dipakai dalam setahun yang melebihi uruf juga
perlu dizakatkan
Nisab : harga 85gram
: emas semasa ( Rm33.10)
: 85 gram x Rm33.10 = RM 2,813.50
Berat emas : 70 gram
Harga semasa : RM 33.10
Nilai : 70 gram x Rm33.10 = RM2,317.10
Nilai : 70 gram x Rm33.10 = RM2,317.10
Zakat : so makna xperlu zakat sebab tidak melebihi/menyamai nilai nisab di atas.
Fadhilat mengeluarkan zakat
Sebenarnya,
kita mengeluarkan zakat bukanlah penyebab kepada kemiskinan malah
menambahkan lagi kekayaan akhirat kelak. Ada pelbagai kelebihan yang
mereka yang mengeluarkan zakat dan menunaikan rukun islam ini.
- Akan bertambah rezeki dan terpelihara harta
- Akan terselamat dari akibat buruk harta
- Diberikan nikmat syurga
- Menghilangkan sifat tamak dan kedekut.
1 Komentar untuk "Izwan Giveaway : apa itu zakat?"
http://luahanhatiwanitaidaman.blogspot.com/2012/12/jom-join-segmen-khas-rakan-bloglist-oh.html
Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.