Ganjaran Rm60,000 untuk maklumat kematian William Yau

Assalamualaikum

Kematian William Yau | Artikal sebelum ini [..klik sini] telah menjelaskan penemuan mayat kanak-kanak di Jeti Kampung Sungai Sireh Pelabuhan Klang pada 24 Jan yang lepas. Manakala menurut pengecaman daripada ibu bapa mangsa menyatakan bahawa kanak-kanak itu adalah William Yau, oleh itu pihak forensik menjalankan ujian DNA ke atas tulang dan rambut mangsa dengan ibu bapanya, dan ujian tersebut telah pun diketahui hari ini yang mana DNA tersebut membuktikan mayat tersebut memang betul William Yau Zhen Zhong.

Ganjaran Rm60,000 untuk maklumat kematian William Yau


KUALA LUMPUR - Ganjaran RM60,000 menanti sesiapa yang mempunyai maklumat sehingga membawa kepada penangkapan dan sabitan mereka yang bertanggungjawab atas kematian William Yau Zhen Zhong.

"Maklumat itu mestilah sah dan mencukupi untuk mendakwa seseorang di mahkamah,” kata Ketua Biro Khidmat Awam dan Aduan MCA, Datuk Seri Michael Chong pada sidang media sini hari ini.

Polis hari ini mengesahkan laporan awal ujian ‘deoxyribonucleic acid’ (DNA) Jabatan Kimia ke atas seorang mayat kanak-kanak lelaki yang ditemui di Pelabuhan Klang, pada 24 Jan lalu, adalah William.

William, 6, dilaporkan hilang pada 16 Januari di Jalan Putra Mahkota, Putra Heights, Subang Jaya selepas dipercayai keluar daripada kenderaan untuk mencari ibu bapanya yang singgah di sebuah kedai barangan elektrik.

"Ia belum selesai, hanya kerana pihak polis telah menemui mayatnya. Kami mahu keadilan untuk si kecil William,” kata Chong menambah, ganjaran itu disumbangkan enam pihak yang prihatin.

Katanya, sesiapa yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran atau menghubungi beliau di talian 013-3982381 atau 03-22033888

Sumber : Kosmo Online
1 Komentar untuk "Ganjaran Rm60,000 untuk maklumat kematian William Yau"

Kejam sungguh...
Sanggup membunuh budak kecil yg tidak berdosa. Semoga tertangkaplah pelaku kejam itu!

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info