Assalamualaikum
Kematian William Yau | Artikal sebelum ini [..klik sini] telah menjelaskan penemuan mayat kanak-kanak di Jeti Kampung Sungai Sireh Pelabuhan Klang pada
 24 Jan yang lepas. Manakala menurut pengecaman daripada ibu bapa mangsa
 menyatakan bahawa kanak-kanak itu adalah William Yau, oleh itu pihak 
forensik menjalankan ujian DNA ke atas tulang dan rambut mangsa dengan 
ibu bapanya, dan ujian tersebut telah pun diketahui hari ini yang mana 
DNA tersebut membuktikan mayat tersebut memang betul William Yau Zhen Zhong.
KUALA
 LUMPUR - Ganjaran RM60,000 menanti sesiapa yang mempunyai maklumat 
sehingga membawa kepada penangkapan dan sabitan mereka yang 
bertanggungjawab atas kematian William Yau Zhen Zhong.
"Maklumat itu mestilah sah dan mencukupi untuk mendakwa seseorang di 
mahkamah,” kata Ketua Biro Khidmat Awam dan Aduan MCA, Datuk Seri 
Michael Chong pada sidang media sini hari ini.
Polis hari ini mengesahkan laporan awal ujian ‘deoxyribonucleic acid’
 (DNA) Jabatan Kimia ke atas seorang mayat kanak-kanak lelaki yang 
ditemui di Pelabuhan Klang, pada 24 Jan lalu, adalah William.
William, 6, dilaporkan hilang pada 16 Januari di Jalan Putra Mahkota,
 Putra Heights, Subang Jaya selepas dipercayai keluar daripada kenderaan
 untuk mencari ibu bapanya yang singgah di sebuah kedai barangan 
elektrik.
"Ia belum selesai, hanya kerana pihak polis telah menemui mayatnya. 
Kami mahu keadilan untuk si kecil William,” kata Chong menambah, 
ganjaran itu disumbangkan enam pihak yang prihatin.
Katanya, sesiapa yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai 
polis berhampiran atau menghubungi beliau di talian 013-3982381 atau 
03-22033888. 

1 Komentar untuk "Ganjaran Rm60,000 untuk maklumat kematian William Yau"
Kejam sungguh...
Sanggup membunuh budak kecil yg tidak berdosa. Semoga tertangkaplah pelaku kejam itu!
Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.