Terkini 3 Kematian anggota Komando Malaysia di Lahad Datu

Assalamualaikum

Terkini 3 Kematian anggota Komando Malaysia di Lahad Datu
Allahyarham Inspektor Zulkifli Mamat

1 Mac 2013, kita telah dikejutkan dengan satu kes peperangan antara Malaysia di Lahad Datu dan Anggota Filipina.

LAHAD DATU | Kematian ketiga. Setakat ni dimaklumkan sudah tiga anggota komando negara terbunuh di Lahad Datu. Selain Arwah Insp Zulkifli Mamat dan Arwah Sarjan Sabaruddin, Kpl Azman Ampong diberitakan turut terkorban..manakala 12 anggota kumpulan penceroboh dari Selatan Filipina terkorban dalam pertempuran antara dua kumpulan terbabit pagi tadi.

Tiga anggota keselamatan turut disahkan tercedera dalam kejadian yang berlaku antara 20 hingga 30 minit pada jam 9.59 pagi. Beliau juga mengesahkan kumpulan penceroboh itu melepaskan tembakan terlebih dulu ketika pihak berkuasa keselamatan sedang mengetatkan kepungan di lokasi persembunyian mereka di Kampung Tanduo.

Hamzah turut mengesahkan pihaknya merampas beberapa senjata antaranya M-16, pelancar roket, peluru dan beg pakaian.

Berhubung perintah berkurung yang dikatakan dikuatkuasakan di Lahad Datu, Hamzah mengesahkan tidak mengeluarkan arahan seumpama itu kerana keadaan adalah terkawal.
 
Sumber : Berita Harian
0 Komentar untuk "Terkini 3 Kematian anggota Komando Malaysia di Lahad Datu"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info