Assalamualaikum
Hyeeee sume, alhamdulillah aku masih bisa lagi memetik keyboard ini untuk blog tercinta nie hah. Acehh intro semata-mata wokey !
Sebenarnya aku nak cakap yang aku baru je lepas godek-godek google, lalu terjumpalah drama yang bakal ganti Sebenarnya Saya Isteri Dia, alaaaa so sad lepas nie aku dah boley nak tengok si Syaf dengan Firash bergaduh-gaduh manja lagi....hmmm btw aku harap drama terbaru nie yang jugak diadaptasikan daripada novel "kampung girl" karya Umi Kalsom.
Drama Kampung Girl ini dilakonkan oleh Akim dan Nad Zainal sebagai watak utama, dan barisan pelakon laini ialah Emma Maembong, Shahrizal Jaszle, dan ramai lagi. Drama 13 episode ini bakal ditayangkan pada 12/7/2013.
Sinopsis Kampung Girl
Menurut di dalam novel karya Umi Kalsom, Kampung Girl mengisahkan PERKAHWINAN diaturkan oleh keluarga? Ashraf langsung tidak menyangka! Lebih memeningkan kepala, apabila dia mengetahui nama calon yang disebutkan oleh mummynya, Puan Mazlin. Ainnur! Si budak kampung itu?! Tidak mungkin.
“Ain akan kahwin dengan abang Ash!” - Ainnur.
Dan jawapan itu cukup untuk membuatkan Ashraf kehilangan kata.
Bergaduh mulut? Itu merupakan perkara biasa bagi Ashraf jika Ainnur ada di depan mata. Pasti ada sahaja perkara yang hendak diperbalahkan.
“Dekat kampung kau tu dah pupus populasi lelaki ke sampai kau kena ke bandar nak cari calon suami?” - Ashraf Khairi.
Dan nada yang sinis itu cukup untuk membuatkan Ainnur naik darah.
Benarlah kata orang, kerana pulut santan binasa… kerana mulut? Jerat terkena diri pemangsa. Rancangan untuk menolak diri Ainnur merupakan titik tolak yang ‘menjahanamkan’ diri Ashraf.
“Ash nak ajak dia beli cincin tunang.” - Ashraf Khairi.
Lain yang dirancang, lain pula jadinya. Pertunangan yang diaturkan merupakan titik yang mengikat diri Ashraf dan Ainnur. Tapi siapa sangka, tarikh pernikahan yang semakin hampir mencemaskan Ainnur dek kerana ada ‘rahsia’ yang disimpan kemas daripada pengetahuan Ashraf. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Itulah keadaan Ainnur di saat terpaksa menghadapi kemarahan Ashraf yang sememangnya sentiasa suka memarahi dirinya.
“And what have you been thinking, doing such thing to me? Nak bagi aku nampak macam orang bodoh…” - Ashraf Khairi.
Kelu lidah Ainnur tidak mampu hendak menjawab. Terkantoi Ainnur dengan helahnya. Kesudahannya… Adakah Ashraf makin membenci? Adakah Ainnur menjauhkan diri? Tidak akan bertemukah dua hati ini? Akan wujudkah satu saat itu, di mana lelaki bandar ini jatuh hati dengan kampung girl yang dibenci?
Tapi kalau dalam filem mestilah lain sikitkan, apa pun xsabarlah nak tunggu nie hah..
Kampung girl Episode penuh
Kampung girl episode 1
Kampung girl episode 2
Kampung girl episode 3
Kampung girl episode 4
Kampung girl episode 5
Kampung girl episode 6
Kampung girl episode 7
Kampung girl episode 8
Kampung girl episode 9
Kampung girl episode 10
Kampung girl episode 11
Kampung girl episode 12
Kampung girl episode 13 AKHIR
Selamat menonton.
Atau korang jugak menonton secara live di TV3 LIVE STREAMING !
1 Komentar untuk "Drama Kampung girl 13 episode"
macam best jer..kena dwnld ni nnti
Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.