Ais Krim Tongkat Jalan TAR

Ais Krim Tongkat Jalan TARHihi... ketawa aku melihat masyarakat disekeliling. Ada saja kreativiti dan keunikan yang cuba mereka tonjolkan. 

Kalau bulan lepas, ais krim pasu menjadi kata kunci tertinggi di carian Google. Barangkali banyak ingin merasai nikmat ais krim itu kot.

Kemudian, terbit pula ais krim lesung. Menurut rakan facebook, ais lesung memang ada, cuma tempatnya kurang pasti di mana.

Tapi kalau nak rasai kesedapan ais krim dalam kelapa, yang mana sedang bercuti di Alor Setar, rugi kalau tak singgah jalan Kuala Kedah, Alor Setar. di situ ada jual ais krim kelapa. Kena pula cuaca yang panas, memang sesuai sangat jawapnya.

Ais Krim Tongkat Jalan TAR

Ais Krim Tongkat Jalan TAR

Hah! ..nampak tak tongkat yang tergantung-gantung, ala-ala tongkat tok ali tu. heheh.

Sekali pandang macam kentang putar pun ada, pandang lagi sekali. Hah memang betul la tongkat.

Bila anda beli, baru batang tongkat ais krim itu akan di lentur menjadi seperti pemegang payung. Kemudian di hujung, mereka letak buah strawberi. Ishhh! sedap pulak aku tengok ni, nasib jauh jer..

Menurut dari kiriman di pengguna facebook, gerai ais krim tongkat terletak di pasar malam Jalan TAR, Masjid India. Dibuka dari pukul 11pagi setiap hari Sabtu.

Ais Krim Tongkat Jalan TAR

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi nombor yang tertera di atas. Mana tahu, kalau anda nak minta mereka berniaga di hari majlis kenduri kahwin ke, atau apa-apa saja majlis.

Uhmm... nak juga rasa ais krim tongkat.
( + ,+ )

10 Komentar untuk "Ais Krim Tongkat Jalan TAR"

alaaaa
stiap sbtu je ke?
sesak la sbtu xsuka pegi sna ...*hari-hari pun sesak*
huhu
nk try la nnti :)
thanks info :)

hadoiii . macam2 sekarang . sekejap aiskrim pasu, sekejap aiskrim tongkat ...

katanya pasar malam hari sabtu jer....huhu.. xpe nak rasa punyai...berebut pun boleh janji dapat ais krim tongkat..huhu

pulak dah . lepas ni aiskrim apa la pulak muncul

itulah...ais krim pasu pun akak tak rasa lagi...ais krim tongkat pula..ketinggalan lagi jawapnya..sobs sobs

erkkk...mungkin jugak...haha amboi dia buley perli noh

macam sedappp...dah lama x buat ais krim...nyum nyum :)

Yeahhh sudah ada di Malaysia aiskrim tongkat ni!!! Sebelum ni nampak kat Korea masa melancong kat sana tapi tak confident nak makan takut non-halal. Dah ada kat Malaysia ni tak lama lagi jadi popular la! Huhu excited! Leh baca entry saya di Korea kat SINI---> http://www.aimisyahirah.com/2013/12/part-5-honeymoon-di-korea-gyeongbokgung.html

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info