Assalamualaikum
Actually aku sebenarnya tak nak ulas apa-apa pasal topik nie.
TAPI....
Tersentuh rasanya hati ini apabila membaca puisi Dayana,
Tak nampak, boleh lihat bawah ini
" Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah
Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana Aku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun…
Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan
Tak usah bicara tentang tanggungjwb
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu
Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah
Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia
Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..
Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah…
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan… "
Aku rasa korang sendiri pun dah baca kan, nukilan ini dah pun tersebar di facebook, yang mana dihasilkan oleh Dayana Lokman buat suaminya Asyraf Muslim.
Apa yang boleh aku katakan, semoga Kak Dayana sabar dan tabah dalam menghadapi ujian ini, kita cuma manusia biasa yang tak mampu nak atur orang lain, yang pasti kita hanya mampu berdoa semoga diberikan ketabahan untuk meneruskan kehidupan ini.
Sebagai seorang perempuan, tak ada hati yang kuat mengatakan "aku sanggup terima payung emas", tapi hakikatnya luka yang terhiris dibaluti senyuman.
Salam Ramadhan
6 Komentar untuk "Nukilan Dayana Lokman Buat Suami Asyraf Muslim"
sedih bila baca
kita yg tak knl dia pun boleh tersentuh
ni kn pula empunya diri kn
sdey and mmg sgt tersentuh bila baca..kte yg rasa mcm ni inikan plak dye..moga dayana tabah..pasti ada hikmah yg tersmbunyi utk dye...geram ngan ashraf
sedih :'(
Salam.Bukan Dayana yang buat puisi tu....ce tengk nie..http://lekatlekitgurl.blogspot.com/2013/07/panas-ana-hawana-penulis-sebenar.html
nukilan ni sebenarnya bukan daripada dayana lokman..
sama2 kita doakan yang terbaik buat dorang semua :)
Moga kak dayana tabah hadapi semua dugaannya.. Amin....
-alysha-
Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.