Black sah menjadi suami kepada Naquia Yasirah

Assalamualaikum

Seperti yang sedia maklum sebelum ini, Hanifah Md Hanafiah,26 atau dengan panggilan manjanya Black ada menwar-warkan bahawa beliau akan menikahi gadis pilihan hatinya pada 13 September 2013. Oleh itu, seperti yang diumumkan, Black kini telah pun sah menjadi suami kepada Naquia Yasirah Binti Mohammad Khairi, 28 yang jatuh pada hari Jumaat penghulu segala hari.

Jom ikuti beberapa keping gambar detik penikahan Black bersama Isterinya Naquia Yasirah dari RotiKaya

Black Mentor Sah menjadi Suami kepada Naquia Yasirah
Black Mentor Sah menjadi Suami kepada Naquia Yasirah
Black Mentor Sah menjadi Suami kepada Naquia Yasirah

Pasangan ini diijabkabulkan oleh bapa Naquia Yasirah sendiri dengan mas kahwin sebanyak RM80 dan wang hantaran berjumlah RM12 ribu di hadapan Ketua Imam Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Bandaraya sekitar jam 12.10 tengahari tadi

Kedua-dua Black Mentor dan Naquia Yasirah yang mengenakan persalinan rona putih tersenyum sepanjang majlis akad nikah berlangsung. Pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan daripada pihak lelaki.
Dulang-dulang hantaran dari pihak lelaki berupa sepasang kasut berjenama Charles & Keith, beg tangan berjenama Channel, sebentuk cincin, set pewangi BVLGARI, iPad Mini, set kosmetik Kanebo, dan sepasang telekung.
Berikut ialah beberapa keping gambar sekitar majlis pernikahan Black Mentor dan Naquia Yasirah yang dihadiri kira-kira 200 tetamu termasuk pihak keluarga dan juga rakan-rakan terdekat kedua buah keluarga.
2 Komentar untuk "Black sah menjadi suami kepada Naquia Yasirah"

tahniah diucapkan kepada black dan pasangan...

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info