Lagenda Budak Hostel 2013 fullmovie

Assalamualaikum




Lagenda Budak Hostel (LBH)  mengisahkan gelagat pelajar hostel atau asrama iaitu Along Cham sebagai Kodan dan Along Eyzendy (Put) yang melakonkan watak pelajar tingkatan enam dan senior di sekolah berasrama penuh yang terpencil di sebuah pekan. Gelagat mereka cukup mencuit hati.

Apatah lagi, kedua-duanya cukup disegani dan digeruni pelajar lain di asrama itu yang berhadapan kes buli setiap hari. Bahkan, yang bagusnya setiap aktiviti nakal dilakukan Put dan Kodan tidak pernah ditangkap warden asrama, Cikgu Angah (Angah Raja Lawak). Malah, mereka juga bersaing merebut hati Seroja.

Seroja (Nora Danish) adalah anak gadis Cikgu Angah yang jelita. Justeru, dia menjadi pujaan ramai di asrama itu. Jadi, bagi mendapatkan perhatian Seroja, maka Put dan Kodan yang bersahabat baik sentiasa bersaing. Hinggalah, suatu hari muncul pelajar baru, Kicap (Epy Raja Lawak) yang sedia membatu.

Kicap mengingatkan mereka supaya bersaing dengan cara betul untuk tonjol kehebatan masing-masing yang akhirnya mampu menambat hati Seroja. Bahkan, Kicap mencabar Put dan Kodan supaya bertanding memenangi kerusi pelajar dan sekali gus berjaya memikat Seroja seperti yang diimpikan.


Lagenda Budak Hostel 2013 Fullmovie

Part 1



Part 2


0 Komentar untuk "Lagenda Budak Hostel 2013 fullmovie"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info