Dazrin Kamaruddin kini menjadi tunangan kepada Amyra Rosli

Assalamualaikum

Siapa yang pernah tonton Drama Adam dan Hawa, pasti akan mengingati Dazrin yang memegang watak Johan dalam drama tersebut, malah turut menjadi juara dalam Fear Factor Selebriti Malaysia musim pertama bersama pasangannya Hairul Azreen.

Untuk melihat biodata Dazrin Kamaruddin !

Dazrin Kamaruddin kini menjadi tunangan kepada Amyra Rosli


Sebenarnya aku dah lama dengar perkabaran ini di Gua.com, tapi kini Dazrin Kamaruddin sendiri yang tampil menjelaskan bahawa perkabaran tersebut adalah benar.

Ya, saya sudah mengikat tali pertunangan bersama Amyra Rosli. Saya bertunang dengan dia pada 25 Ogos lalu. Saya dan dia sudah tiga tahun berkawan. Saya rasakan pertunangan saya dengan dia merupakan langkah seterusnya yang saya ambil setelah bersahabat dengannya dan juga sebelum kami melangsungkan perkahwinan.
Amyra seorang yang baik dan peramah. Dia pandai menjaga hati saya. Cara layanan dan cara dia menjaga saya membuatkan saya tertarik. Apa yang penting, dia merupakan seorang yang ‘family person’. Itu yang sangat penting bagi saya. Dia sangat rapat dengan keluarganya dan cara dia melayan keluarganya sangat baik dan bersopan santun. Dia juga sangat mesra dan melayan keluarga saya dengan begitu baik sekali.

Dazrin Kamaruddin kini menjadi tunangan kepada Amyra Rosli

Semoga hubungan korang kekal ke akhir hayat.
0 Komentar untuk "Dazrin Kamaruddin kini menjadi tunangan kepada Amyra Rosli"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info